Akta Hakmilik Strata 1985 · Updated to 1 Apr 2021 · Bahagian I · Permulaan
4B. Permulaan kuat kuasa Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik bagi Hakmilik Strata di mana-mana Pejabat Pendaftaran Tanah
Feedback & supportSistem Pentadbiran Tanah Elektronik bagi Hakmilik Strata hendaklah mula berkuat kuasa di mana-mana Pejabat Pendaftaran
Tanah melalui pemberitahuan dalam Warta menurut subseksyen 5D(1)
Kanun Tanah Negara.
Bagi maksud subseksyen (1)—
“Pusat Pemulihan Bencana” ertinya suatu pusat system sokongan dan pemulihan yang ditubuhkan oleh Pihak
Berkuasa Negeri untuk penyambungan urusan operasi Sistem
Pentadbiran Tanah Elektronik;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 318
“Pejabat Pendaftaran Tanah” termasuk—
dalam hal hakmilik strata yang dipegang atau yang akan dipegang bergantung kepada hakmilik Pejabat
Pendaftaran, pejabat Pendaftar Hakmilik bagi
Negeri itu;
dalam hal hakmilik strata yang dipegang atau yang akan dipegang bergantung kepada hakmilik Pejabat
Tanah, pejabat Pentadbir Tanah bagi Daerah itu;
dan
pada ketika bencana seperti yang dinyatakan oleh
Pihak Berkuasa Negeri, Pusat Pemulihan Bencana.
Apabila Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik bagi Hakmilik
Strata mula berkuat kuasa di mana-mana Pejabat Pendaftaran Tanah—
peruntukan Jadual Keenam hendaklah terpakai setakat mana ia berkait dengan bentuk dokumen hakmilik strata, prosedur untuk penyediaan dan pendaftaran mana-mana dokumen hakmilik strata, mana-mana urusniaga dan mana-mana pemasukan atau pengendorsan apa-apa nota, memorial atau memorandum atau mana-mana pembetulan atau pembatalan mengenainya atas mana-mana dokumen hakmilik strata;
peruntukan lain bagi Akta ini yang berkait dengan Sistem
Pentadbiran Tanah Elektronik hendaklah dibaca dengan ubah suaian, pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian atau penyesuaian sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual
Keenam; dan
peruntukan Jadual Kelima hendaklah tidak lagi beroperasi.
Menteri boleh, dengan kelulusan Majlis Tanah Negara, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Keenam.
Hakmilik Strata 19