Akta Hakmilik Strata 1985 · Updated to 1 Apr 2021 · Bahagian I · Permulaan
4C. Permulaan kuat kuasa cukai bagi petak atau blok sementara, dsb
Feedback & supportMenteri boleh, dengan kelulusan Majlis Tanah Negara, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh bagi permulaan kuat kuasa cukai bagi petak atau blok sementara di mana-mana Negeri.
Apabila mula berkuat kuasa pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara di mana-mana Negeri—
peruntukan Bahagian IVA hendaklah terpakai;
peruntukan bagi Akta ini hendaklah—
setakat mana peruntukan itu berkait dengan tatacara bagi pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara dan untuk maksud yang berkaitan dengannya; dan
setakat mana peruntukan itu berkait dengan endorsan yang perlu dibuat atau perkara lain bersampingan dengannya untuk menguatkuasakan cukai bagi petak atau blok sementara, kepada dokumen hakmilik strata atau daftar strata, dibaca dengan ubah suaian, pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian atau penyesuaian sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Bahagian IVA.
Pentafsiran Akta