Seksyen 2
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“hari yang ditetapkan” ertinya hari yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 1(1);
“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen 11(1);
Undang-Undang Malaysia 8
“jemaah haji” ertinya mana-mana Muslim yang melakukan perjalanan dari mana-mana tempat keluar atau tempat lain di Malaysia atau di tempat lain bagi maksud menunaikan haji di Tanah Suci;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya orang yang dilantik di bawah seksyen 12;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Tabung
Haji yang ditubuhkan di bawah seksyen 15;
“Kumpulan Wang Rizab” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 21;
“Lembaga” ertinya Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“lesen pengelola jemaah haji” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 28;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengawalan jemaah haji;
“Muslim” ertinya seseorang yang menganut agama Islam;
“orang” termasuklah kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;
“Pasport Haji” ertinya dokumen perjalanan dalam bentuk yang ditetapkan yang dikeluarkan kepada seseorang jemaah haji di bawah seksyen 35;
“pendeposit” ertinya orang yang dibenarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 16 untuk mendepositkan wang dengan Lembaga bagi maksud yang dinyatakan dalam seksyen itu;
“pengelola jemaah haji” ertinya mana-mana orang yang dilesenkan di bawah seksyen 28;
“penumpang” ertinya mana-mana orang yang dibawa di dalam sesuatu pesawat udara sebagai balasan bayaran tambang bagi maksud itu;
Tabung Haji 9
“pesawat udara jemaah haji” ertinya pesawat udara yang dicarter, atau yang berkenaan dengannya perkiraan dibuat, bagi maksud membawa jemaah haji dari atau ke mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke atau dari mana-mana lapangan terbang yang menjadi tempat masuk ke atau tempat keluar dari Tanah Suci, dan termasuklah mana-mana pesawat udara yang lebih daripada suku penumpang yang dibawanya ialah jemaah haji yang dibawa sedemikian;
“saraan” termasuklah gaji atau upah, elaun, faedah perubatan, perumahan percuma atau bersubsidi dan keistimewaan lain yang dapat dinilai dengan wang;
“tahun kewangan” ertinya tempoh dua belas bulan kalendar yang berakhir pada 31 Disember;
“tiket jemaah haji” ertinya tiket yang memberikan hak, atau berupa sebagai memberikan hak, kepada mana-mana orang untuk dibawa sebagai penumpang dalam pesawat udara jemaah haji;
“wang tidak dituntut” ertinya—
(a)
wang yang kena dibayar kepada seseorang pendeposit tetapi masih belum berbayar tidak kurang daripada dua belas bulan selepas wang itu menjadi kena dibayar;
dan
(b)
wang yang ada dalam akaun seseorang pendeposit yang sudah tidak dikendalikan oleh pendeposit itu sama ada dengan cara pendepositan atau pengeluaran selama tempoh yang tidak kurang daripada tujuh tahun.
(2)
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan mengenai perihal tidak melakukan apa-apa perbuatan atau benda hendaklah termasuk sebutan mengenai keengganan untuk melakukan perbuatan atau benda itu.