Tabung Haji Act 1995 · Updated to 1 May 2014 · Bahagian IV · Kewangan
15. Kumpulan Wang
Feedback & supportHendaklah ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh
Lembaga.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
deposit yang diterima di bawah seksyen 16;
segala pemberian, derma, hadiah, sumbangan, dan bekues yang diberikan kepada atau bagi faedah Lembaga;
apa-apa jumlah wang yang mungkin dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh Lembaga dan segala jumlah wang yang dari semasa ke semasa kena dibayar kepada Lembaga berkenaan dengan pembayaran balik apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan daripada Kumpulan Wang;
wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang;
apa-apa fi dan wang lain yang ditetapkan;
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga dan wang yang diperoleh atau berbangkit daripadanya;
segala pendapatan daripada pelaburan Kumpulan Wang
Rizab;
segala wang yang dipinjam oleh Lembaga; dan
segala wang atau harta lain yang mungkin mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa atau kewajipannya.
Undang-Undang Malaysia 20
Kumpulan Wang boleh digunakan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
pengeluaran deposit dengan atau tanpa keuntungan boleh agih sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga atas deposit itu mengikut Akta ini;
pembayaran balik pinjaman dan apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
belanja pentadbiran termasuk saraan dan faedah penamatan;
belanja lain yang bersampingan dengan pengurusan
Kumpulan Wang dan fungsi Lembaga termasuk apa-apa wang yang diperlukan untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap Lembaga, mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dalam menjalankan fungsi Lembaga; dan
pemberian pinjaman dan pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga jika dibenarkan oleh Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.