Tabung Haji Act 1995 · Updated to 1 May 2014 · Bahagian III · Pegawai, Pekhidmat dan Ejen Lembaga
12. Ketua Pegawai Eksekutif
Feedback & support(1)
Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga dengan persetujuan
Menteri.
(2)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan kewajipan yang diberikan atau dikenakan padanya oleh Akta ini atau dari semasa ke semasa oleh Lembaga di samping apa-apa kuasa dan kewajipan yang dinyatakan dalam surat pelantikannya.
(3)
Walau apa pun seksyen 7, Ketua Pegawai Eksekutif boleh dibayar apa-apa gaji atau elaun yang ditentukan oleh Lembaga dengan persetujuan Menteri.