Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2014Read it in English

Bahagian VI · Jemaah Haji

34. Syarat bagi perjalanan ke Tanah Suci

Feedback & support
(1)

Tiada jemaah haji boleh melakukan perjalanan atau cuba melakukan perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji melainkan jika Lembaga telah mengeluarkan kepadanya suatu perakuan bertulis yang mengesahkan bahawa jemaah haji itu sudah—

(a)

dikeluarkan kepadanya dengan sewajarnya suatu

Pasport Haji;

(b)

dikeluarkan kepadanya oleh pihak berkuasa yang relevan dan melalui Lembaga visa yang sah untuk menunaikan haji di Tanah Suci bagi musim haji semasa;

(c)

membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya tiket pergi baliknya untuk perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji dan pulang dari Tanah Suci atau, dalam hal jemaah haji yang telah diberi kebenaran bertulis di bawah seksyen 33, sudah membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya tiket perjalanan sehalanya;

(d)

membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya apa-apa jumlah wang tambahan yang ditentukan oleh Lembaga sebagai mencukupi bagi belanja hidup jemaah haji itu sepanjang keseluruhan tempoh dia tinggal di Tanah Suci dan bayaran itu sudah disahkan sewajarnya diterima oleh

Lembaga atau oleh pengelola jemaah haji yang relevan;

dan

(e)

menjalani apa-apa pemeriksaan perubatan yang diluluskan oleh Lembaga.

(2)

Lembaga boleh mengikut budi bicara mutlaknya mengecualikan mana-mana orang daripada pemakaian mana-mana bahagian seksyen ini atau meminda atau mengubah mana-mana kehendak di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana orang.

Tabung Haji 31

Report

Bahagian VII

Pelbagai

Bahagian VIII

Pemansuhan dan Peralihan

Schedules