Seksyen 23
Wang tidak dituntut
Jika Lembaga telah diisytiharkan di bawah seksyen 8
Akta Wang Tak Dituntut 1965 [Akta 370] sebagai bukan suatu syarikat yang baginya Bahagian II Akta itu terpakai, segala wang tidak dituntut yang dipegang oleh Lembaga hendaklah dicatatkan dalam daftar yang disimpan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.
(2)
Walau apa pun mana-mana undang-undang yang berlawanan, segala wang tidak dituntut hendaklah dipegang dalam Kumpulan
Wang sehingga wang itu dibayar kepada pendeposit yang berkenaan pada bila-bila masa kemudian daripada itu.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “pendeposit”, berkenaan dengan mana-mana individu, termasuklah waris, wasi, wakil persendirian, pentadbir, penyerah hak, wakil yang sah dan ejen individu itu.
Undang-Undang Malaysia 24