Skip to content

Seksyen 14

of Akta Takaful 1984

ActRepealedProvision 14 of 68

Seksyen 14

(1)

Jika dalam hal mana-mana pengendali, sesuatu bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 membuat suatu perjanjian dengan Kerajaan dalam bentuk yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, yang mana menurutnya bank berwaad dengan Kerajaan untuk mendepositkan dengan Akauntan Negara sejumlah wang tunai yang ditetapkan kerana deposit pengendali di bawah Akta ini berkenaan dengan salah satu kelas perniagaan takaful, dan waad itu mematuhi apa-apa kehendak yang Ketua Pengarah fikirkan patut dikenakan tentang hal keadaan dalam mana jumlah wang itu hendak didepositkan, maka bagi maksudmaksud Akta ini pengendali hendaklah dianggap telah mendepositkan di bawah seksyen 13 sejumlah wang tunai yang sama banyaknya dengan yang diwaadkan dan jumlah wang yang diwaadkan itu boleh didapatkan kembali walaupun tiada balasan diberi dalam perjanjian itu.

(2)

Apa-apa jumlah wang yang didepositkan oleh suatu bank menurut suatu perjanjian yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah diuruskan di bawah atau bagi maksud-maksud Akta ini seolah-olah ianya adalah jumlah wang yang didepositkan oleh pengendali di bawah seksyen 13.

(3)

Seksyen ini tidaklah boleh membenarkan suatu perjanjian digantikan di bawah subseksyen (6) seksyen 13 bagi aset yang terkandung dalam sesuatu deposit.