Skip to content

Seksyen 7

of Akta Takaful 1984

ActRepealedProvision 7 of 68

Seksyen 7

(1)

Jika Ketua Pengarah ada sebab mengesyaki atau mempercayai bahawa seseorang sedang menjalankan perniagaan takaful tanpa didaftarkan di bawah Akta ini, dia boleh meminta atau memeriksa buku, akaun dan rekod orang itu untuk menentukan sama ada atau tidak orang itu telah melanggar atau sedang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang bersengaja enggan untuk menyerahkan buku, akaun dan rekod atau untuk membenarkan buku, akaun dan rekod itu dipeniksa adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda sebanyak dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh dua belas bulan atau kedua-duanya dan denda harian tidak melebih empat ribu ringgit.