Seksyen 23
Seksyen 23
Pengendali hendaklah membuat perkiraan yang konsisten dengan prinsip-prinsip takaful yang baik bagi mentakaful semula liabiliti berkenaan dengan risikorisiko yang disanggupi atau yang akan disanggupi oleh pengendali semasa dia menjalankan perniagaan takaful.
(2)
Ketua Pengarah boleh dengan memberi notis secara bertulis menghendaki pengendali mengemukakan untuk pemeriksaannya, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, triti mengenai takaful semula, apa-apa maklumat lanjut lain mengenainya dan apa-apa perkiraan takaful semula lain sebagaimana yang dikehendakimya dalam kes tertentu.
(3)
Seseorang yang tidak mematuhi subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit dan denda harian tidak melebihi seratus ringgit.