Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian II · Perjalanan Perniagaan Takaful

22. Section 22

Feedback & support
(1)

Jika pengendali ingkar mematuhi peruntukan peruntukan seksyen 15 hingga 21, Ketua Pengarah boleh melalui notis secara bertulis menghendaki pengendali membetulkan keingkaran itu.

(2)

Jika pengendali tidak membetulkan keingkaran itu dalam masa satu bulan setelah notis diberi, Mahkamah Tinggi boleh atas permohonan Ketua Pengarah membuat apa-apa perintah terhadap pengendali atau mana-mana pengarah atau pegawai pengendali sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah Tinggi dengan tujuan untuk membetulkan keingkaran itu dan selainnya menjamin pematuhan oleh pengendali akan seksyen 15 hingga 21.

(3)

Tiada apa jua yang dilakukan di bawah seksyen ini boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang kerana apa-apa kesalahan terhadap Akta ini.

Report

Bahagian III

Penyata, Penyiasatan, Penggulungan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian IV

Pelbagai dan Am

Schedules