Skip to content

Seksyen 114

Penolong Pengawal boleh memegang simpan dokumen

of Akta Cap Dagangan 2019

ActIn forceProvision 114 of 161
Seksyen 114
(1)

Penolong Pengawal boleh mengambil dan memegang simpan selama apa-apa tempoh yang difikirkannya perlu, mana-mana dokumen yang diperoleh di bawah Bahagian ini.

(2)

Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperaku sah oleh Penolong Pengawal sebagai suatu salinan benar dokumen itu.

(3)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan yang diperaku sah bagi dokumen itu boleh diterima sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah dokumen asal.

(4)

Jika Penolong Pengawal berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Penolong Pengawal boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu, dengan secepat yang dapat dilaksanakan.