Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XVI · Penyiasatan dan Penguatkuasaan
111. Kuasa penyiasatan
Feedback & support(1)
Jika Penolong Pengawal mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa apa-apa kesalahan sedang atau akan dilakukan di bawah Akta ini, Penolong Pengawal boleh menjalankan apa-apa penyiasatan yang difikirkannya suai manfaat bagi pentadbiran wajar Akta ini.
(2)
Mana-mana Penolong Pengawal yang menyiasat apa-apa pelakuan kesalahan di bawah Akta ini boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593].