Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XVI · Penyiasatan dan Penguatkuasaan
115. Kerahsiaan
Feedback & supportMana-mana orang yang menzahirkan atau menggunakan apa-apa maklumat atau dokumen rahsia berkenaan dengan suatu perusahaan tertentu atau hal ehwal seseorang individu yang
114
Undang-Undang Malaysia diperoleh menurut mana-mana peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh berkuat kuasa untuk menghalang penzahiran maklumat jika—
penzahiran itu dibuat dengan persetujuan orang yang daripadanya maklumat atau dokumen itu diperoleh;
penzahiran itu dibuat dalam hal keadaan apabila maklumat yang diberikan itu dirangka dengan cara yang sebegitu rupa sehingga sumber maklumat itu tidak dapat dipastikan;
maklumat itu telah sedia ada dalam domain awam;
penzahiran itu dibuat bagi memudahkan pelaksanaan fungsi atau kuasa Pengawal, Timbalan Pengawal atau
Penolong Pengawal;
penzahiran itu dibuat secara munasabah semasa apa-apa prosiding di bawah Akta ini dengan syarat bahawa penzahiran itu tidak dibuat berlawanan dengan apa-apa arahan Pengawal, Timbalan Pengawal atau Penolong Pengawal yang di hadapannya prosiding itu berjalan; atau
penzahiran itu dibuat berkaitan dengan penyiasatan terhadap suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Bagi maksud seksyen ini, “maklumat rahsia” ertinya maklumat perdagangan, perniagaan atau perindustrian yang dipunyai oleh mana-mana orang, yang mempunyai nilai ekonomi dan secara amnya tidak tersedia kepada atau diketahui oleh orang lain atau apa-apa maklumat yang dikira sebagai rahsia di bawah Akta ini.