Skip to content

Seksyen 158

Kos yang diaward oleh Pendaftar

of Akta Cap Dagangan 2019

ActIn forceProvision 158 of 161
Seksyen 158
(1)

Dalam segala prosiding di hadapan Pendaftar, Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengaward kepada mana-mana pihak apa-apa kos termasuk penetapan kos sebagaimana yang boleh dipertimbangkan dengan munasabah oleh Pendaftar dan untuk mengarahkan bagaimana dan oleh pihak-pihak mana kos itu hendak dibayar, dan apa-apa perintah itu boleh, dengan keizinan Mahkamah, dilaksanakan mengikut cara yang sama sebagaimana suatu penghakiman atau perintah Mahkamah bagi maksud yang sama.

(2)

Suatu pihak kepada apa-apa prosiding di hadapan seorang

Pendaftar yang berhasrat untuk mendapatkan kos atau mempunyai kos yang hendak ditetapkan hendaklah memohon kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan.

(3)

Kos yang diaward oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1)

boleh, jika tidak dibayar didapatkan balik dalam suatu mahkamah yang berbidang kuasa berwibawa sebagai hutang yang kena dibayar oleh orang yang terhadapnya kos itu telah diberi kepada orang yang untuk faedahnya kos itu telah diberi.