Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XVIII · Pelbagai dan Am
156. Kuasa Pendaftar untuk menetapkan dokumen sebagai rahsia
Feedback & support(1)
Mengikut peraturan-peraturan, Pendaftar boleh—
(a)
menghendaki maklumat yang dinyatakan dalam dokumen yang telah difailkan, atau yang akan difailkan, berhubung dengan suatu cap dagangan yang disimpan di Pejabat Cap Dagangan sebagai rahsia;
(b)
membuat apa-apa kehendak tertakluk pada syarat atau pengehadan yang dinyatakan; dan
Cap Dagangan 141
(c)
mengubah atau membatalkan apa-apa kehendak, syarat atau pengehadan.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, tatacara yang berkaitan dengan membuat, mengubah atau membatalkan apa-apa kehendak, syarat atau pengehadan hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.