Skip to content

Seksyen 157

Penyesuaian catatan kepada pengelasan baharu

of Akta Cap Dagangan 2019

ActIn forceProvision 157 of 161
Seksyen 157
(1)

Pendaftar boleh menimbangkan keperluan untuk melaksanakan apa-apa pindaan atau penggantian pengelasan barang-barang atau perkhidmatan bagi maksud pendaftaran cap dagangan termasuk membuat pindaan catatan sedia ada pada

Daftar itu supaya sesuai dengan pengelasan baharu sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Pindaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak boleh melanjutkan hak yang diberikan oleh pendaftaran itu, kecuali jika didapati oleh Pendaftar bahawa pematuhan terhadap kehendak itu akan melibatkan kerumitan yang tidak wajar dan bahawa apa-apa pelanjutan tidak akan menjadi substansial dan tidak akan menjejaskan hak mana-mana orang.

(3)

Pendaftar boleh—

(a)

menghendaki tuan punya berdaftar, dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan itu, untuk memfailkan cadangan bagi pindaan pada Daftar; dan

(b)

memotong mana-mana barang-barang atau perkhidmatan yang berkaitan sebagaimana yang dikenal pasti oleh

Pendaftar atau menolak untuk membaharui pendaftaran cap dagangan itu sekiranya tuan punya berdaftar gagal berbuat demikian.

(4)

Apa-apa cadangan yang dibuat di bawah perenggan (3)(a)

hendaklah disiarkan dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek dan boleh dibangkang mengikut seksyen 35.

142

Undang-Undang Malaysia