Skip to content

Seksyen 44

Pemotongan sukarela cap dagangan berdaftar

of Akta Cap Dagangan 2019

ActIn forceProvision 44 of 161
Seksyen 44
(1)

Pendaftar hendaklah memotong pendaftaran cap dagangan berkenaan dengan beberapa atau semua barang-barang atau perkhidmatan atas permintaan tuan punya berdaftar mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(2)

Sebelum memotong pendaftaran cap dagangan itu, Pendaftar hendaklah memberitahu—

(a)

mana-mana orang yang direkodkan di bawah Bahagian

IX sebagai menuntut hak berkenaan dengan, atau kepentingan dalam, cap dagangan itu; dan

(b)

orang yang kepadanya cap dagangan itu telah diserah hak atau dipindahkan dalam hal yang penyerahhakan atau perpindahan cap dagangan itu belum direkodkan oleh Pendaftar selepas suatu permohonan dibuat kepada

Pendaftar untuk merekodkan penyerahhakan atau perpindahan cap dagangan itu.