Seksyen 42
ActIn forceProvision 42 of 161
Seksyen 42
(1)
Tertakluk pada subseksyen (2), suatu cap dagangan berdaftar tidak boleh diubah dalam Daftar.
(2)
Pendaftar boleh, atas permintaan tuan punya berdaftar mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan, membenarkan pengubahan cap dagangan berdaftar termasuk nama atau alamat tuan punyanya, pengubahan itu terhad kepada pengubahan nama atau alamat itu.
(3)
Pengubahan suatu cap dagangan berdaftar di bawah subseksyen (2) tidak boleh menyentuh identiti cap dagangan itu secara substansial.