Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian VII · Pengubahan, Pembetulan, Pemotongan, Pembatalan dan Ketidaksahan

46. Pembatalan pendaftaran oleh Mahkamah atas ketiadaan penggunaan cap dagangan

Feedback & support
(1)

Pendaftaran cap dagangan boleh dibatalkan oleh Mahkamah atas suatu permohonan oleh seseorang yang terkilan atas apa-apa alasan yang berikut:

(a)

jika dalam tempoh tiga tahun berikutan tarikh pengeluaran pemberitahuan pendaftaran, cap dagangan itu tidak digunakan dengan suci hati di

Malaysia, oleh tuan punya berdaftar atau dengan persetujuannya, berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan itu didaftarkan, dan tiada sebab yang wajar untuk tidak menggunakannya;

(b)

jika penggunaan barang-barang atau perkhidmatan di bawah perenggan (a) telah digantung bagi tempoh tiga tahun berturut-turut, dan tiada sebab yang wajar

56

Undang-Undang Malaysia untuk tidak menggunakannya;

(c)

jika berbangkit daripada perbuatan atau pembiaran tuan punya berdaftar, ia telah menjadi nama lazim dalam perdagangan bagi produk atau perkhidmatan yang baginya ia didaftarkan; atau

(d)

jika berbangkit daripada penggunaan cap dagangan itu oleh tuan punya berdaftar atau dengan persetujuannya berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan itu didaftarkan, ia boleh mengelirukan orang awam, termasuk berkenaan dengan sifat, kualiti atau tempat asal geografi barang-barang atau perkhidmatan itu.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3), pendaftaran cap dagangan tidak boleh dibatalkan atas alasan di bawah perenggan (1)(a)

atau (b) jika penggunaan itu sebagaimana yang disebut dalam perenggan itu dimulakan atau disambung semula selepas habis tempoh tiga tahun dan sebelum permohonan pembatalan itu dibuat.

(3)

Apa-apa penggunaan yang disebut dalam perenggan (1)(a)

atau (b) yang telah dimulakan atau disambung semula selepas habis tempoh tiga tahun tetapi dalam tempoh tiga bulan sebelum permohonan dibuat bagi pembatalan tidak boleh diambil kira melainkan jika persediaan bagi penggunaan itu bermula sebelum tuan punya menyedari bahawa permohonan bagi pembatalan boleh dibuat.

(4)

Jika alasan bagi pembatalan wujud berkenaan dengan hanya beberapa barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan itu didaftarkan, pembatalan hendaklah berkaitan dengan barang-barang atau perkhidmatan itu sahaja.

(5)

Jika pendaftaran cap dagangan itu dibatalkan sehingga apa-apa takat, hak tuan punya berdaftar itu hendaklah disifatkan telah terhenti pada takat itu dari—

(a)

tarikh permohonan bagi pembatalan; atau

(b)

jika Mahkamah berpuas hati bahawa alasan bagi pembatalan wujud pada tarikh yang lebih awal, tarikh

Cap Dagangan 57

itu.

Report

Bahagian VIII

Kesan Cap Dagangan Berdaftar

Bahagian IX

Cap Dagangan Sebagai Objek Harta

Bahagian X

Pelesenan

Bahagian XI

Cap Kolektif dan Cap Perakuan

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Langkah-Langkah Sempadan

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules