Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian VII · Peralihan

38. Pemindahan hak milik harta

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada MARA berkenaan dengan ITM, atau terletak hak pada ITM, atau terletak hak pada mana-mana orang bagi pihak ITM, hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Universiti yang ditubuhkan di bawah

Akta ini.

(2)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dirizabkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud MARA berkenaan dengan ITM, atau bagi maksud

ITM, hendaklah, pada tarikh itu, disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini.

(3)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini dan apa-apa arahan

Menteri, semua harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada—

(a)

MARA berkenaan dengan ITM;

(b)

mana-mana orang bagi pihak MARA berkenaan dengan

ITM;

(c)

ITM; atau

(d)

mana-mana orang bagi pihak ITM, hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini.

(4)

Maka dengan ini diisytiharkan bahawa mana-mana harta, sama ada alih atau tak alih, yang, sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, telah digunakan bagi maksud yang selepas tarikh itu menjadi maksud Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Universiti itu.

(5)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, jika sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan apa-apa prosiding telah diambil di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah secara paksa bagi maksud MARA berkenaan dengan ITM, atau bagi maksud ITM, prosiding itu hendaklah, mulai tarikh itu, disifatkan telah diambil bagi pengambilan tanah bagi maksud Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini.

Universiti Teknologi MARA

57

Report