Akta Universiti Teknologi Mara 1976 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VII · Peralihan
40. Section 40
Feedback & supportTertakluk pada peruntukan Akta ini, mana-mana prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau apa-apa kausa tindakan yang belum selesai atau yang sedia ada sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan yang diambil oleh atau terhadap—
MARA berkenaan dengan ITM;
mana-mana orang yang bertindak bagi pihak MARA berkenaan dengan ITM;
ITM; atau
mana-mana orang yang bertindak bagi pihak ITM, boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini sebagaimana ia mungkin diambil oleh atau terhadap masing-masing yang disebut di atas seolah-olah Akta ini tidak diluluskan.
Undang-Undang Malaysia 58
Apa-apa rayuan yang dibuat atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohonkan pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum tarikh itu boleh dibuat oleh atau terhadap Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini.