Akta Universiti Teknologi Mara 1976 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VII · Peralihan
42. Penerusan pegawai dan pekhidmat
Feedback & supportTiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan telah diambil kerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat
MARA yang berkhidmat dengan ITM hendaklah, pada tarikh itu, disifatkan telah diambil kerja oleh Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini seolah-olah Universiti itu telah wujud terdahulu dari tarikh itu sepanjang perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu dengan ITM.
Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan telah diambil kerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat
MARA yang berkhidmat dengan ITM hendaklah, pada tarikh itu, diambil kerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada yang didapati sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.
Seksyen ini diperbuat bagi maksud negara.
Universiti Teknologi MARA
59