Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

15. Pindaan seksyen 37

Feedback & support

Seksyen 37 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“Peniaga berlesen” perkataan “, dsb.,”;

(b)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “peniaga berlesen” perkataan “, pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga atau pembiak baka dalam kurungan”;

(ii)

dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan

“dan”;

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)

(iii)

dalam perenggan (e), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”;

dan

(iv)

dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:

“(f) rekod kelahiran, kematian dan kehilangan hidupan liar yang dibiakbaka dalam kurungan komersial.”; dan

(c)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “peniaga berlesen” perkataan “, pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga atau pembiak baka dalam kurungan”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit”

dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “enam bulan”

dengan perkataan “tiga tahun”.

Report