11. Penggantian seksyen 29
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 29 dengan seksyen yang berikut:
s 29“Larangan memiliki, dsb., jerat
(1)
Tiada seorang pun boleh memiliki, menyimpan, memasang, meletakkan atau menggunakan mana-mana jerat kecuali bagi maksud menjalankan penyelidikan atau kajian ke atas mana-mana hidupan liar.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun.”.