Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022

Feedback & supportAmends the Wildlife Conservation Act 2010

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemuliharaan Hidupan

Liar (Pindaan) 2022.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

s 2Pindaan seksyen 3

Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 3—

(a)

dengan memotong takrif “ahli taksidermi berlesen”;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR

(PINDAAN) 2022

Undang-Undang Malaysia 4

(b)

dengan menggantikan takrif “eksport” dengan takrif yang berikut:

‘ “eksport” ertinya membawa atau menyebabkan supaya dibawa keluar dari Semenanjung Malaysia atau Wilayah Persekutuan Labuan, melalui darat, laut atau udara, mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar;’;

(c)

dalam takrif “hidupan liar”, dengan menggantikan perkataan “atau yang dilindungi” dengan perkataan

“, yang dilindungi atau yang dikawal”;

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “hidupan liar” takrif yang berikut:

‘ “hidupan liar yang dikawal” ertinya mana-mana hidupan liar yang dinyatakan dalam Jadual Kelima;’;

(e)

dengan menggantikan takrif “import” dengan takrif yang berikut:

‘ “import” ertinya membawa atau menyebabkan supaya dibawa ke dalam Semenanjung Malaysia atau

Wilayah Persekutuan Labuan, melalui darat, laut atau udara, mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar;’;

(f)

dengan memasukkan selepas takrif “orang asli” takrif yang berikut:

‘ “pameran hidupan liar” ertinya suatu aktiviti buat sementara yang mempamerkan hidupan liar dan dibuka kepada umum;’;

(g)

dengan memasukkan selepas takrif “pegawai penguat kuasa”

takrif yang berikut:

‘ “pembiak baka dalam kurungan” ertinya seseorang yang diberi suatu permit untuk mengendalikan pembiakbakaan dalam kurungan komersial di bawah

Akta ini;’;

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)

(h)

dengan menggantikan takrif “pembiakbakaan dalam kurungan komersial” dengan takrif yang berikut:

‘ “pembiakbakaan dalam kurungan komersial” ertinya suatu proses pembiakan hidupan liar dalam kurungan melalui induk yang mengawan, atau melalui apa-apa kaedah persenyawaan, dalam suatu persekitaran terkawal bagi maksud komersial;’;

(i)

dengan memotong takrif “perniagaan taksidermi”;

(j)

dengan memotong takrif “spesies yang dikawal”; dan

(k)

dengan menggantikan takrif “urusan berniaga” dengan takrif yang berikut:

‘ “urusan berniaga” ertinya suatu perniagaan yang melibatkan penjalanan aktiviti yang berikut:

(a)

menjual atau membeli untuk dijual semula mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya, atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi, hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya atau hidupan liar yang dikawal, sebagai makanan atau bagi maksud perubatan;

(b)

menjual atau membeli untuk dijual semula mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi, hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya atau hidupan liar yang dikawal;

(c)

menjual atau membeli untuk dijual semula mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya sebagai binatang peliharaan; atau

(d)

menjual atau membeli untuk dijual semula mana-mana anak mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya daripada hasil pembiakbakaan dalam kurungan komersial termasuklah mana-mana bahagian atau terbitan anak itu.’.

Undang-Undang Malaysia 6

s 3Pindaan seksyen 9

Seksyen 9 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “hidupan liar yang dilindungi” perkataan

“atau hidupan liar yang dikawal”;

(ii)

dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:

“(d) menjalankan urusan berniaga yang melibatkan mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi”;

(iii)

dengan memotong perenggan (e);

(iv)

dalam perenggan (f), dengan menggantikan perkataan

“terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi,”

dengan perkataan “terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau hidupan liar yang dikawal;”; dan

(v)

dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut:

“(g) menjalankan urusan berniaga yang melibatkan mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dikawal,”; dan

(b)

dalam subseksyen (3), dengan memotong perkataan

“atau perniagaan taksidermi”.

Pindaan seksyen 10

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dalam perenggan (d)—

(A)

dengan memotong perkataan “yang dilindungi”; dan

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)

(B)

dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut:

“(e) menjalankan penyelidikan atau kajian dalam rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar;

(f)

mengendalikan kemudahan rehabilitasi hidupan liar;

(g)

mengendalikan kemudahan latihan hidupan liar;

(h)

mengendalikan kemudahan penginapan hidupan liar;

(i)

menjalankan pertandingan hidupan liar;

(j)

menjalankan perkhidmatan kawalan hidupan liar; atau

(k)

menggunakan mana-mana hidupan liar dalam menjalankan apa-apa aktiviti keagamaan, adat atau kebudayaan,”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Jika apa-apa aktiviti di bawah perenggan 1(a),

(b)

, (c) atau (f) melibatkan mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya, orang itu hendaklah memperoleh suatu lesen untuk menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi menurut seksyen 9 atau suatu permit khas untuk menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya menurut seksyen 11, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.

Undang-Undang Malaysia 8

s 5Pindaan seksyen 11

Seksyen 11 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula peruntukan yang sedia ada sebagai subseksyen (1);

(b)

dalam subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula—

(i)

dengan memotong perenggan (d);

(ii)

dengan memotong perenggan (e); dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (e)

sebagaimana yang dipotong perenggan yang berikut:

“(f) menjalankan urusan berniaga yang melibatkan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya,”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Bagi maksud perenggan (1)(f), suatu permit khas yang berasingan adalah diperlukan bagi setiap aktiviti perniagaan.”.

s 6Pindaan seksyen 17

Seksyen 17 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) membawa lesen, permit atau permit khas semasa memburu mana-mana hidupan liar, mengambil mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, menjalankan penyelidikan atau kajian

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)

9

dalam rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar, menjalankan pertandingan hidupan liar, menjalankan perkhidmatan kawalan hidupan liar atau menggunakan mana-mana hidupan liar dalam menjalankan apa-apa aktiviti keagamaan, adat atau kebudayaan; atau”;

dan

(ii)

dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:

“(b) mempamerkan lesen, permit atau permit khas di tempat yang mudah dilihat di premisnya, jika dia ialah peniaga berlesen, pembiak baka dalam kurungan atau pemegang permit untuk mengendalikan zoo, pameran hidupan liar, kemudahan rehabilitasi hidupan liar, kemudahan latihan hidupan liar atau kemudahan penginapan hidupan liar; atau”; dan

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit”

dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “enam bulan”

dengan perkataan “tiga tahun”.

s 7Pindaan seksyen 21

Subseksyen 21(2) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit”

dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “enam bulan” dengan perkataan “tiga tahun”.

Undang-Undang Malaysia 10

s 8Pindaan seksyen 22

Subseksyen 22(2) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit”

dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “enam bulan” dengan perkataan “tiga tahun”.

s 9Seksyen baharu 25a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 25

seksyen yang berikut:

“Mengubah, dsb., lesen, permit atau permit khas

s 25aSection 25a

(1)

Tiada seorang pun boleh—

(a)

mengubah, memalsukan, mencacatkan atau merosakkan apa-apa lesen, permit atau permit khas;

atau

(b)

menggunakan apa-apa lesen, permit atau permit khas yang diketahuinya telah diubah, dipalsukan, dicacatkan atau dirosakkan.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya; atau

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.”.

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)

s 10Pindaan seksyen 28

Seksyen 28 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“atau pameran hidupan liar” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “, pameran hidupan liar, kemudahan rehabilitasi hidupan liar, kemudahan latihan hidupan liar atau kemudahan penginapan hidupan liar”.

s 11Penggantian seksyen 29

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 29 dengan seksyen yang berikut:

s 29“Larangan memiliki, dsb., jerat

(1)

Tiada seorang pun boleh memiliki, menyimpan, memasang, meletakkan atau menggunakan mana-mana jerat kecuali bagi maksud menjalankan penyelidikan atau kajian ke atas mana-mana hidupan liar.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun.”.

s 12Pemotongan seksyen 30

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 30.

s 13Pindaan seksyen 34

Seksyen 34 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“atau pameran hidupan liar” dengan perkataan “, pameran hidupan liar, kemudahan rehabilitasi hidupan liar, kemudahan latihan hidupan liar, kemudahan penginapan hidupan liar atau pemegang permit untuk menjalankan perkhidmatan kawalan hidupan liar”.

Undang-Undang Malaysia 12

s 14Pindaan seksyen 36

Seksyen 36 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“Pemburu berlesen” perkataan “atau pemegang permit khas untuk memburu”;

(b)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “pemegang permit khas” perkataan “untuk memburu”; dan

(c)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “pemburu berlesen” perkataan “atau pemegang permit khas untuk memburu”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit;

dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “enam bulan”

dengan perkataan “tiga tahun”.

s 15Pindaan seksyen 37

Seksyen 37 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“Peniaga berlesen” perkataan “, dsb.,”;

(b)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “peniaga berlesen” perkataan “, pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga atau pembiak baka dalam kurungan”;

(ii)

dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan

“dan”;

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)

(iii)

dalam perenggan (e), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”;

dan

(iv)

dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:

“(f) rekod kelahiran, kematian dan kehilangan hidupan liar yang dibiakbaka dalam kurungan komersial.”; dan

(c)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “peniaga berlesen” perkataan “, pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga atau pembiak baka dalam kurungan”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit”

dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “enam bulan”

dengan perkataan “tiga tahun”.

s 16Pemotongan seksyen 38 dan 39

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 38 dan 39.

s 17Pindaan seksyen 40

Seksyen 40 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Penjualan hidupan liar oleh pemburu berlesen atau pemegang permit khas untuk memburu”;

(b)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “pemburu berlesen” perkataan “atau pemegang permit khas untuk memburu”;

Undang-Undang Malaysia 14

(ii)

dengan menggantikan perkataan “hidupan liar yang dilindungi” dengan perkataan “mana-mana hidupan liar”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “atau ahli taksidermi berlesen” dengan perkataan “, pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga, pembiak baka dalam kurungan atau pemegang permit untuk mengendalikan zoo”; dan

(c)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “pemburu berlesen” perkataan “atau pemegang permit khas untuk memburu”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “dua puluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”;

dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.

s 18Pindaan seksyen 41

Seksyen 41 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan “atau ahli taksidermi berlesen”; dan

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “dua puluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”;

dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)

s 19Pindaan seksyen 42

Seksyen 42 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Pembelian hidupan liar oleh peniaga berlesen atau pembiak baka dalam kurungan”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Seorang peniaga berlesen atau pembiak baka dalam kurungan hendaklah membeli atau memperoleh mana-mana hidupan liar yang dilindungi, atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau hidupan liar yang dikawal, hanya daripada—

(a)

pemburu berlesen, pemegang permit khas untuk memburu, peniaga berlesen atau pembiak baka dalam kurungan; atau

(b)

Ketua Pengarah, Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah, jika ia dijual oleh Ketua Pengarah, Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah itu menurut Akta ini.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Seorang pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga atau pembiak baka dalam kurungan hendaklah membeli atau memperoleh mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya hanya daripada—

(a)

pemegang permit khas untuk memburu, pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga atau pembiak baka dalam kurungan; atau

Undang-Undang Malaysia 16

(b)

Ketua Pengarah, Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah, jika ia dijual oleh Ketua Pengarah, Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa oleh

Ketua Pengarah itu menurut Akta ini.”;

(d)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “ahli taksidermi berlesen” dengan perkataan “pembiak baka dalam kurungan”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “dua puluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun”

dengan perkataan “tiga tahun”; dan

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga atau pembiak baka dalam kurungan yang melanggar subseksyen (1a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

s 20Pindaan seksyen 43

Seksyen 43 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“peniaga berlesen” perkataan “atau pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga”;

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Seorang pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga boleh menjual mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya semasa musim terbuka sehingga tiga puluh hari yang pertama dalam musim tutup dan selepas itu tidak boleh menjual mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya melainkan jika musim terbuka kemudiannya diisytiharkan bagi hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya itu.”;

(c)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “dua puluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”;

dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga yang melanggar subseksyen (1a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4)

Seksyen ini tidak terpakai kepada penjualan mana-mana anak mana-mana hidupan liar daripada pembiakbakaan dalam kurungan komersial atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana anak mana-mana hidupan liar daripada pembiakbakaan dalam kurungan komersial.”.

Undang-Undang Malaysia 18

s 21Pindaan seksyen 44

Seksyen 44 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“ahli taksidermi berlesen” dengan perkataan “pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga, pembiak baka dalam kurungan”; dan

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “ahli taksidermi berlesen” dengan perkataan “pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga, pembiak baka dalam kurungan”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit”

dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “enam bulan”

dengan perkataan “tiga tahun”.

s 22Pindaan seksyen 45

Seksyen 45 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “mengeksport semula” perkataan “mana-mana hidupan liar atau bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar”;

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “hidupan liar itu” perkataan “atau bahagian atau terbitan hidupan liar, dengan nombor penandaan yang berbeza”; dan

(iii)

dalam perenggan (d)—

(A)

dengan memasukkan selepas perkataan

“bekas” perkataan “atau kepungan”; dan

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)

(B)

dengan memasukkan selepas perkataan

“hidupan liar” perkataan “atau bahagian atau terbitan hidupan liar”;

(b)

dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan

“atau pelabelan”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Pemegang lesen, permit atau permit khas tidak boleh mengubah atau menggantikan tanda atau label tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran pegawai pelesen.”; dan

(d)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “dua puluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”;

dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.

s 23Pindaan seksyen 46

Subseksyen 46(2) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “dua puluh ribu ringgit”

dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.

s 24Pindaan seksyen 48

Seksyen 48 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Suatu permohonan bertulis di bawah subseksyen (2)

hendaklah dibuat melalui apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.”.

Undang-Undang Malaysia 20

s 25Penggantian seksyen 49

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 49 dengan seksyen yang berikut:

“Larangan perbuatan tertentu dalam rizab hidupan liar dan kawasan perlindungan hidupan liar

s 49Section 49

(1)

Tiada seorang pun boleh dalam rizab hidupan liar dan kawasan perlindungan hidupan liar—

(a)

memburu mana-mana hidupan liar, haiwan atau burung;

(b)

mengambil, mengganggu, merosakkan atau memusnahkan sarang atau telur mana-mana hidupan liar, haiwan atau burung; atau

(c)

mengganggu, memotong, mengalihkan atau mengambil apa-apa tanih, pokok kayu atau tumbuh-tumbuhan.

(2)

Walau apapun subseksyen (1), seorang pemegang permit untuk menjalankan penyelidikan atau kajian dalam mana-mana rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar atau mana-mana orang yang diberi suatu kebenaran bertulis di bawah seksyen 48 untuk memasuki suatu rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar bagi maksud sains boleh, dengan terlebih dahulu mendapatkan kelulusan

Ketua Pengarah, memburu mana-mana hidupan liar, haiwan atau burung, atau mengambil atau mengganggu sarang atau telur mana-mana hidupan liar, haiwan atau burung, atau mengambil apa-apa sampel dalam bentuk lain, di dalam rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar bagi maksud penyelidikan, kajian atau sains.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.”.

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)

s 26Pindaan seksyen 50

Subseksyen 50(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas perkataan “mengeksport,”

perkataan “mengeksport semula, menjalankan penyelidikan ke atas,”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas perkataan “hidupan liar”

perkataan “atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar”.

s 27Pindaan seksyen 51

Subseksyen 51(3) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit”

dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “enam bulan” dengan perkataan “tiga tahun”.

s 28Pindaan seksyen 53

Subseksyen 53(5) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit”

dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “enam bulan” dengan perkataan “tiga tahun”.

s 29Pindaan seksyen 54

Subseksyen 54(4) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit”

dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “enam bulan” dengan perkataan “tiga tahun”.

Undang-Undang Malaysia 22

s 30Pindaan seksyen 55

Subseksyen 55(4) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit”

dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “enam bulan” dengan perkataan “tiga tahun”.

s 31Pindaan seksyen 60

Seksyen 60 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“dua tahun” dengan perkataan “tiga tahun”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dan kesalahan itu melibatkan mana-mana hidupan liar yang dilindungi daripada spesies yang sama yang dinyatakan dalam

Jadual Kelapan, melebihi lima kepala, hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

s 32Seksyen baharu 60a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 60

seksyen yang berikut:

“Mengambil atau menyimpan bahagian atau terbitan hidupan liar yang dikawal tanpa lesen 60a.  Mana-mana orang yang mengambil atau menyimpan mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dikawal tanpa suatu lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)

s 33Pindaan seksyen 61

Seksyen 61 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi satu ratus ribu ringgit” dengan perkataan “tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “tujuh tahun”.

s 34Pindaan seksyen 62

Seksyen 62 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi satu ratus ribu ringgit” dengan perkataan “tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “tujuh tahun”.

s 35Penggantian seksyen 63

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 63 dengan seksyen yang berikut:

s 63“Menjalankan urusan berniaga tanpa lesen

Mana-mana orang yang menjalankan urusan berniaga yang melibatkan mana-mana hidupan liar yang dilindungi, atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau hidupan liar yang dikawal, tanpa suatu lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau

Undang-Undang Malaysia 24

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit.”.

s 36Pindaan seksyen 64

Seksyen 64 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit” dengan perkataan “didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.

s 37Pindaan seksyen 65

Seksyen 65 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“hidupan liar yang dilindungi” perkataan “atau hidupan liar yang dikawal”;

(b)

dengan memasukkan selepas perkataan “mana-mana bahagian atau terbitan hidupan liar yang dilindungi”

perkataan “atau hidupan liar yang dikawal”;

(c)

dengan menggantikan perkataan “didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit” dengan perkataan “didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit”; dan

(d)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “lima belas tahun”.

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)

s 38Penggantian seksyen 66

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 66 dengan seksyen yang berikut:

s 66“Mengendalikan zoo, dsb., tanpa permit

Mana-mana orang yang mengendalikan—

(a)

zoo tanpa suatu permit melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya;

(b)

pameran hidupan liar, pembiakbakaan dalam kurungan komersial atau kemudahan rehabilitasi hidupan liar tanpa suatu permit melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau

(c)

kemudahan latihan hidupan liar atau kemudahan penginapan hidupan liar tanpa suatu permit melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

s 39Pindaan seksyen 67

Seksyen 67 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memotong perkataan “yang dilindungi”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.

Undang-Undang Malaysia 26

s 40Pindaan seksyen 68

Seksyen 68 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“tidak melebihi satu ratus ribu ringgit” dengan perkataan

“tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit”; dan

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya yang dinyatakan dalam

Jadual Kesembilan atau mana-mana bahagian atau terbitan hidupan liar itu, hendaklah, apabila disabitkan, dihukum denda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit bagi setiap hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar itu dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun;”;

(ii)

dengan memotong perenggan (b); dan

(iii)

dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:

“(c) mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya yang dinyatakan dalam Jadual

Kesepuluh atau mana-mana bahagian atau terbitan hidupan liar itu hendaklah, apabila disabitkan, dihukum denda tidak kurang daripada satu ratus lima puluh ribu ringgit bagi setiap hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar itu dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun.”.

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)

Schedules