In forceAs enactedCurrent version · As enacted
25a. Section 25a
Feedback & support(1)
Tiada seorang pun boleh—
(a)
mengubah, memalsukan, mencacatkan atau merosakkan apa-apa lesen, permit atau permit khas;
atau
(b)
menggunakan apa-apa lesen, permit atau permit khas yang diketahuinya telah diubah, dipalsukan, dicacatkan atau dirosakkan.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya; atau
(b)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.”.
Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)