Skip to content

Seksyen 3

of Akta Pampasan Pekerja 1952

ActIn forceProvision 13 of 46

Seksyen 3

(1)

Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anggota keluarga”’ ertinya isteri, suami, ibu atau bapa, nenek atau datuk, bapa tiri, ibu tiri, anak, cucu, anak tiri, saudara lelaki, saudara perempuan, saudara lelaki seibu atau sebapa, saudara perempuan seibu atau sebapa, saudara lelaki tiri dan saudara perempuan tiri:

Dengan syarat bahawa—

(a)

Akta 253.

Akta 232.

(b)

anak seseorang pekerja yang telah mati hendaklah disifatkan sebagai termasuk anak tak sah taraf pekerja itu dan anak angkatnya dan mana-mana anak yang pengangkatan olehnya telah didaftarkan di bawah Akta

Pendaftaran Pengangkatan 1952, dan mana-mana anak di bawah peliharaan, penjagaan atau kawalan pekerja itu menurut Bahagian III

Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1947; dan ibu atau bapa seseorang pekerja yang telah mati hendaklah disifatkan sebagai termasuk bapa dan ibu anak tak sah taraf dan orang yang telah mengangkat mana-mana anak atau yang telah mendaftar pengangkatan mana-mana anak di bawah Akta Pendaftaran Peng-angkatan 1952, dan orang yang mempunyai pemeliharaan, penjagaan, atau pengawalan seseorang anak menurut Bahagian III Akta

Kanak-kanak dan Orang Muda 1947;

[Diubahsuai “‘diangkat”’ ertinya—

157/81. ] (a)

Akta 257,

(b)

berhubungan dengan Malaysia Barat, bagi sebutan mengenai mana-mana kanak-kanak, seseorang kanak-kanak yang diangkat mengikut peruntukan Akta Pengangkatan 1952;

berhubungan dengan Sabah, bagi sebutan mengenai mana-mana kanak-kanak, seseorang kanak-kanak yang diangkat atau yang pengangkatannya telah didaftar mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan peng-angkatan kanak-kanak yang dari semasa ke

PAMPASAN PEKERJA 9

semasa berkuatkuasa di Sabah atau jika tiada terdapat undang-undang bertulis maka seseorang kanak-kanak yang diperakui oleh

Pesuruhjaya sebagai telah diangkat, sebelum tarikh kecederaan, mengikut adat agama atau kaum;

(c)

berhubungan dengan Sarawak, bagi sebutan mengenai mana-mana kanak-kanak, seseorang kanak-kanak yang diangkat mengikut pe-runtukan mana-mana undang-undang ber-tulis berhubungan dengan pengangkatan kanak-kanak yang dari semasa ke semasa berkuatkuasa di Sarawak;

“hospital khas” ertinya sesuatu hospital yang diisytiharkan sedemikian di bawah seksyen 15 (2);

“hospital yang diluluskan” ertinya sesuatu hospital yang diisytiharkan sedemikian di bawah seksyen 15 (1);

“kapal berdaftar” ertinya mana-mana kapal atau vesel yang didaftar atau diberi lesen di Malaysia di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan pendaftaran atau pelesenan kapal-kapal atau vesel-vesel yang dari semasa ke semasa berkuatkuasa di

Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya;

“kelasi” ertinya mana-mana orang yang menjadi sebahagian daripada anak kapal mana-mana kapal berdaftar dan termasuk nakhoda mana-mana kapal sedemikian;

“majikan” termasuk Kerajaan Malaysia dan

Kerajaan setiap Negeri; berkenaan dengan pekerja-pekerja awam yang diambil bekerja di Malaysia atau di

Singapura berkenaan dengan mana-mana angkatan pelawat yang berada secara sah di Malaysia atau berkenaan dengan mana-mana orang yang di dalam pekerjaan awam Kerajaan mana-mana negara

Komanwel, yang kontrak perkhidmatannya telah dibuat di Malaysia atau di Singapura, Kerajaan negara

Komanwel itu; mana-mana pihak berkuasa tempatan;

mana-mana orang atau kumpulan orang sama ada

[Diubahsuai

(Bah.

[Diubahsuai

P.U. (A) 1571 81.

23/67.

I, S. 3]

10 Akt 273

berkanun atau diperbadankan atau tidak; wakil diri di sisi undang-undang majikan yang telah mati; dan berhubungan dengan seseorang yang digaji bagi maksud apa-apa permainan atau rekreasi dan diambil bekerja atau dibayar melalui kelab, pengurus atau ahli-ahli jawatankuasa pengurusan kelab tersebut:

Dengan syarat bahawa jika perkhidmatan seseorang pekerja dipinjamkan atau disewakan secara sementara kepada orang lain oleh orang yang dengannya pekerja itu telah membuat suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan, orang yang kemudian disebut itu hendaklah, bagi maksud-maksud Akta ini, disifatkan sebagai terus menjadi majikan pekerja itu semasa dia bekerja untuk orang yang lain itu;

“Malaysia Barat” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1967, dan termasuk Wilayah Persekutuan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Buruh;

“orang dewasa” ertinya seseorang yang telah genap enam belas tahun umurnya dan ‘“‘orang belum dewasa’”’

ertinya seseorang yang belum genap enam belas tahun umurnya;

“orang tanggungan” ertinya mana-mana anggota keluarga pekerja yang telah mati yang pada keseluruhannya atau sebahagiannya bergantung kepada pendapatan tenaganya pada masa kematiannya atau akan bergantung sedemikian kalau tidak kerana takdaya disebabkan kemalangan itu:

Dengan syarat bahawa seseorang itu tidak boleh disifatkan sebagai orang tanggungan separa orang lain melainkan jika dia bergantung secara separa kepada sumbangan daripada orang lain itu bagi peruntukan keperluan hidup biasa;

“pekerja luar” ertinya seseorang yang diberi kepadanya artikel-artikel atau benda-benda untuk disediakan, dibersihkan, dibasuh, diubah, dihias,

PAMPASAN PEKERJA 11

disiapkan atau dibaiki atau disesuaikan untuk penjualan di rumahnya sendiri atau di premis-premis

Jain yang bukan di bawah kawalan atau urusan orang yang memberi benda-benda atau artikel-artikel itu,

“pembantu rumah” ertinya seseorang yang digaji secara eksklusif dalam kerja atau berhubungan dengan kerja di rumah kediaman persendirian dan bukan mengenai apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion yang dijalankan oleh majikan dalam rumah kediaman itu dan termasuk tukang masak, orang gaji

(termasuklah orang gaji bagi bilik tidur dan dapur), pelayan lelaki, ketua babu, pengasuh kanak-kanak atau bayi, jongos, footman, tukang kebun, pencuci lelaki atau perempuan, penjaga, penjaga kuda dan pemandu atau pembersih mana-mana kenderaan yang diberi lesen bagi kegunaan persendirian;

“pemberi atau pembayar fribute’” —ertinya seseorang yang dibenarkan mendapatkan galian atau apa-apa jenis hasil daripada atau di atas tanah orang lain dan yang, sebagai balasan terhadap kebenaran itu, memberi suatu kadar galian atau hasil yang didapati sedemikian kepada orang lain itu atau membayar kepadanya nilai kadar tersebut;

“penanggung insurans” termasuk mana-mana pertubuhan, persatuan, syarikat atau pengunderait insurans;

“pendapatan tenaga” seseorang pekerja hendaklah disifatkan sebagai termasuk, sebagai tambahan kepada pendapatan wangnya yang sebenar, apa-apa keistimewaan atau faedah yang nilainya boleh dianggarkan dalam bentuk wang, kecuali—

(a)

elaun perjalanan;

(b)

nilai apa-apa konsesi perjalanan;

(c)

sesuatu caruman yang dibayar oleh majikan kepada mana-mana kumpulan wang pencen atau kumpulan wang simpanan;

(d)

sesuatu jumlah wang yang dibayar kepada pekerja untuk menampung apa-apa perbelanjaan khas yang ditanggung olehnya oleh sebab jenis pekerjaannya;

[Diubahsuai

P.U, 332/58.

(Diubahsuat

157/81.]

Akta 265.

Sabah Bab 67.

12 AKTA 273

Dengan syarat bahawa dalam hal takdaya sementara apa-apa keistimewaan dan faedah yang terus dinikmati oleh pekerja tercedera itu atau mana-mana orang tanggungannya sepanjang tempoh takdayanya untuk bekerja tidak boleh disifatkan sebagai faedah bagi maksud mengira pendapatan tenaga;

“pengamal perubatan berdaftar” ertinya seseorang pengamal perubatan berdaftar atau yang dikecualikan daripada pendaftaran di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pendaftaran pengamal-pengamal perubatan yang dari semasa ke semasa berkuatkuasa di Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya;

“Penimbangtara” ertinya seseorang yang dilantik oleh Menteri menjadi penimbangtara bagi pampasan pekerja-pekerja untuk sesuatu kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam perlantikan tersebut;

“Pesuruhjaya” ertinya—

(a)

berhubungan dengan Malaysia Barat, Ketua

Pengarah Buruh dan semua Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Buruh, Pengarah-Pengarah Buruh Negeri dan Penolong

Pengarah-Penolong Pengarah Buruh Negeri yang dilantik di bawah Akta Pekerjaan 1955

dan termasuk Pegawai Buruh-Pegawai Buruh yang dilantik di bawah Akta tersebut yang boleh diisytiharkan oleh Menteri sebagai diletakhak dengan semua atau mana-mana kuasa yang diberi atau tugas yang dikenakan ke atas Pesuruhjaya oleh Akta ini;

(b)

berhubungan dengan Sabah, Pengarah Buruh yang dilantik di bawah Ordinan Buruh Sabah dan termasuk Timbalan Pengarah, Penolong

Pengarah dan mana-mana Pegawai Buruh yang dilantik di bawah Ordinan tersebut yang boleh diisytiharkan oleh Menteri sebagai diletakhak dengan semua atau mana-mana kuasa yang diberi atau tugas yang dikenakan ke atas Pesuruhjaya di bawah Akta ini;

PAMPASAN PEKERJA 13

(c)

berhubungan dengan Sarawak, Pesuruhjaya

Buruh yang dilantik di bawah Ordinan Buruh Sarawak Bab

Sarawak dan termasuk Timbalan Pesuruhjaya,

Penolong Pesuruhjaya dan mana-mana

Pegawai Buruh yang dilantik di bawah

Ordinan tersebut yang boleh diisytiharkan oleh Menteri sebagai diletakhak dengan semua atau mana-mana kuasa yang diberi atau tugas yang dikenakan ke atas Pesuruhjaya di bawah Akta ini;

“takdaya separa” ertinya, jika takdaya itu adalah dari jenis sementara, takdaya yang mengurangkan upaya mencari nafkah seseorang pekerja dalam apa-apa pekerjaan di mana dia bekerja pada masa kemalangan yang mengakibatkan takdayanya dan, jika takdaya itu adalah dari jenis yang kekal, takdaya yang mengurang-kan upayanya mencari nafkah dalam tiap-tiap pekerjaan yang boleh dilakukannya pada masa kemalangan itu:

Dengan syarat bahawa tiap-tiap kecederaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama hendaklah disifatkan sebagai mengakibatkan takdaya separa yang kekal;

“takdaya sepenuh” ertinya apa-apa takdaya sama ada dari jenis sementara atau kekal yang menyebabkan seseorang pekerja takdaya untuk melakukan segala pekerjaan yang dia berupaya lakukan pada masa kemalangan yang mengakibatkan takdaya itu:

Dengan syarat bahawa takdaya sepenuh yang kekal hendaklah disifatkan sebagai berakibat dari kehilangan penglihatan sepenuh yang kekal, atau dari apa-apa kombinasi kecederaan-kecederaan akibat dari satu kemalangan dan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama di mana kerugian agregat upaya mencari nafkah yang dinyatakan dalam Jadual tersebut dibandingkan dengan kecederaan-kecederaan ini berjumlah atau melebihi seratus peratus.

(2)

Perjalanan dan pelaksanaan kuasa dan tugas [Gan. Ord.

sesuatu jabatan Kerajaan Malaysia atau mana-mana 7/6)

Negeri atau mana-mana Kerajaan lain atau sesuatu [Diubahsuai pihak berkuasa tempatan hendaklah, bagi maksud ?¥ 3326]

[Bah. I-II, S. 3-4]

14 AKTA 273

Akta ini, disifatkan sebagai perdagangan atau perniagaan Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.