Skip to content

Seksyen 5

of Akta Pampasan Pekerja 1952

ActIn forceProvision 14 of 46

Seksyen 5

(1)

Jika seseorang pekerja yang digaji dalam mana-mana pekerjaan yang diperihalkan dalam Jadual Kedua mendapat penyakit atau kecederaan yang dinyatakan dalam Jadual tersebut sebagai berkaitan dengan pekerjaan itu, atau jika seseorang pekerja yang telah digaji dalam pekerjaan itu mendapat penyakit atau kecederaan sedemikian dalam masa dua belas bulan selepas berhenti daripada digaji sedemikian, dan jika takdaya atau kematian pekerja itu berakibat daripada penyakit tersebut, pampasan adalah kena dibayar seolah-olah penyakit itu adalah suatu kecederaan diri kerana kemalangan yang berbangkit daripada dan dalam masa penggajian tersebut, dan semua peruntukan-peruntukan lain Akta ini hendaklah terpakai dengan sewajarnya, tertakluk kepada peruntukan seksyen ini:

Dengan syarat bahawa jika pekerja itu telah mengidap mana-mana penyakit yang tersebut dalam

Jadual tersebut, penyakit itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, dianggap sebagai disebabkan oleh jenis pekerjaan itu jika pekerja itu telah digaji dalam mana-mana pekerjaan yang dinyatakan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pada mana pengamal perubatan berdaftar memperakui bahawa pada pendapatnya pekerja itu mengidap penyakit tersebut.

(2)

Apabila seseorang pekerja membuat sesuatu kontrak perkhidmatan atau perantisan dengan mana-mana majikan untuk bekerja dalam mana-mana pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua atau adalah, dengan persetujuannya, ditukar oleh majikannya ke pekerjaan itu, dia hendaklah, jika diminta berbuat demikian oleh majikan itu, menghadirkan dirinya bagi pemeriksaan oleh pengamal perubatan berdaftar, di mana fee baginya hendaklah dibayar oleh majikan itu; tetapi pekerja itu tidaklah

4-5]

Pampasan kerana penyakit khidmat.

[Bah. Il, 8. 5]

18 AxtTA 273

dikehendaki menghadirkan dirinya bagi pemeriksaan oleh pengamal perubatan berdaftar melainkan mengikut Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini mahupun pada lat-lat tempoh yang lebih pendek dari yang ditetapkan dalamnya.

(3)

Tiada apa-apa pampasan boleh kena dibayar di bawah seksyen ini berkenaan dengan takdaya atau kematian seseorang pekerja jika takdaya itu bermula atau kematian itu berlaku, mengikut mana-mana yang berkenaan, lebih daripada dua belas bulan selepas pekerja itu telah berhenti daripada digaji dalam mana-mana penggajian yang kerana jenisnya penyakit itu berbangkit oleh majikan yang daripadanya pampasan dituntut:

Dengan syarat bahawa pampasan itu hendaklah kena dibayar berkenaan dengan kematian seseorang pekerja jika kematiannya telah didahului, sama ada sebaik sahaja atau tidak, dengan apa-apa tempoh takdaya yang berkenaan dengannya pampasan kena dibayar di bawah seksyen ini.

(4)

Bagi maksud mengira pendapatan tenaga bulanan pekerja dalam sesuatu tuntutan bagi pampasan di bawah seksyen ini, tarikh bermulanya takdaya pekerja itu, atau tarikh kematiannya, jika tiada apa-apa tempoh takdaya sebelumnya, hendaklah dianggap sebagai tarikh berlakunya kemalangan itu, jika dia pada masa itu digaji dalam mana-mana penggajian yang kerana jenisnya penyakit itu berbangkit oleh majikan yang daripadanya pampasan dituntut, dan jika dia tidak digaji sedemikian pada masa itu, hari terakhir pada mana dia digaji sedemikian hendaklah bagi maksud ini disifatkan sebagai tarikh berlakunya kemalangan itu.

(5)

Bagi semua maksud lain Akta ini tarikh ber-mulanya takdaya pekerja itu, atau tarikh pada mana pengamal perubatan berdaftar memperakui bahawa pada pendapatnya pekerja itu mengidap penyakit itu, mengikut tarikh mana yang terdahulu, atau tankh kematiannya jika tiada apa-apa tempoh takdaya sebelumnya, hendaklah disifatkan sebagai tankh berlakunya kemalangan itu.

[Bah. Il, S. 5-7]

PAMPASAN PEKERJA 19

(6)

Jika penyakit itu didapati melalui suatu proses yang beransur-ansur, sehingga dua atau lebih majikan adalah bertanggungan secara berasingan untuk membayar pampasan berkenaan dengannya di bawah seksyen ini, amaun agregat pampasan itu tidaklah boleh melebihi amaun yang akan kena dibayar jika majikan-majikan itu menjadi majikan tunggal, dan dalam hal sedemikian setiap majikan itu adalah, jika gagal mencapai persetujuan, bertanggungan untuk apa-apa bahagian pampasan yang kena dibayar sebagaimana difikirkan adil oleh Penimbangtara.

(7)

Mana-mana penyakit yang dinyatakan dalam

Jadual Kedua dan mana-mana penggajian yang disebut di dalamnya bolehlah dipotong darinya, dan penyakit dan penggajian baru bolehlah ditambah kepadanya, oleh Menteri.

(8)

Walau apa pun peruntukan-peruntukan terdahulu seksyen ini, Menteri boleh, berkenaan dengan mana-mana penyakit yang dinyatakan dalam

Jadual Kedua itu, dengan perintah menghendaki supaya mana-mana penyakit sedemikian hendaklah diperakui oleh Lembaga Perubatan yang dilantik di bawah mana-mana Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawah seksyen 43; dan berkenaan dengan mana-mana penyakit yang disebut dalam perintah itu seksyen ini dan seksyen 14 hendaklah ditafsirkan seolah-olah bagi sebutan mengenai pengamal perubatan berdaftar diganti sebutan-sebutan mengenai Lembaga Perubatan itu.