Skip to content

Seksyen 28

of Akta Pampasan Pekerja 1952

ActIn forceProvision 33 of 46

Seksyen 28

(1)

Jika amaun pampasan dengan cara wang pukal telah ditentukan melalui persetujuan di antara pekerja dan majikannya suatu memorandum hendaklah, dalam masa empat belas hari, dihantar oleh majikan (dan bolehlah dihantar oleh pekerja atau mana-mana orang tanggungan) kepada Pesuruhjaya, yang, setelah berpuas hati tentang ketulinannya dan bahawa amaun pampasan yang dipersetujui itu adalah mencukupi hendaklah, kecuali sebagaimana yang kemudian dari ini diperuntukkan dalam seksyen ini, merekodkan memorandum dalam suatu daftar mengikut cara yang ditetapkan.

(2)

Tiada memorandum sedemikian hendaklah direkodkan sehingga tamatnya tempoh tujuh hari selepas notis diberi oleh Pesuruhjaya kepada pihak-pihak yang berkenaan.

(3)

Jika ternyata kepada Pesuruhjaya bahawa sesuatu persetujuan bagi bayaran sesuatu jumlah wang, sama ada dengan cara penggantian bayaran setengah bulan atau selainnya, atau sesuatu persetujuan tentang

[Bah. III, S. 28-30]

PAMPASAN PEKERJA 4]

amaun pampasan tidak patut direkodkan oleh sebab jumlah wang atau amaun itu tak memadai atau oleh sebab persetujuan telah didapati dengan fraud atau pengaruh tak kepatutan atau cara lain yang tak ber-patutan maka dia boleh menolak dari merekodkan memorandum persetujuan itu dan jika dia dan majikan dan pekerja itu tidak dapat menyelesaikan persoalan itu dengan persetujuan, Pesuruhjaya hendaklah merujuk perkara itu kepada Penimbangtara.

(4)

Sesuatu persetujuan bagi bayaran pampasan yang telah direkodkan di bawah seksyen ini hendaklah boleh dikuatkuasakan di bawah Akta ini walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta Kontrak 1950

atau dalam mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuatkuasa.

29, Jika sesuatu memorandum bagi mana-mana persetujuan yang dikehendaki untuk direkodkan oleh seksyen 28 tidak dihantar kepada Pesuruhjaya sebagaimana dan dalam masa yang dikehendaki oleh seksyen tersebut majikan itu adalah bertanggungan untuk membayar amaun penuh pampasan yang dia akan selainnya bertanggungan untuk membayar di bawah peruntukan-peruntukan AKta ini.