Skip to content

Seksyen 9

Inventori dan anggaran harta yang disita dan notis kepada penyewa mengenai penyitaan itu

of Akta Distres 1951

ActIn forceProvision 9 of 26
Seksyen 9
(1)

Sejurus selepas menyita apa-apa harta di bawah suatu waran distress, bailiff hendaklah membuat suatu inventori dan suatu anggaran penilaian berhubung dengannya, dan hendaklah memberi kepada penyewa notis penyitaan dengan suatu salinan inventori dan penilaian dilampirkan, memberitahunya mengenai amaun yang kena dibayar di bawah waran itu dan bahawa harta yang disita itu akan dijual pada suatu masa dan tempat yang akan dinamakan dalam

Distres 9

notis itu (tidak menjadi kurang daripada enam hari daripada tarikh tersebut), melainkan ia membayar amaun yang kena dibayar dalam tempoh lima hari daripada tarikh tersebut, atau mendapatkan suatu perintah yang menahan jualan tersebut.

(2)

Jika penyewa itu tidak berada di atas premis itu, notis tersebut boleh diberikan kepada mana-mana orang yang berupa sebagai mendudukinya atau, jika tiada orang sedemikian, dengan menampalkannya di sesuatu tempat yang mudah dilihat disitu.

Permohonan oleh penyewa kecil, penginap, dsb., bagi pembatalan, penggantungan atau pelepasan