Seksyen 21
Pemindahan barang untuk mengelakkan distress
Jika mana-mana orang memindahkan atau menyebab atau membenarkan pemindahan daripada mana-mana premis harta yang boleh disita di bawah suatu waran distress, dengan niat untuk menghalang atau menegah penahanan harta tersebut, seorang Hakim boleh, di atas permohonan oleh tuan tanah, memberi kuasa kepada bailiff, dalam tempoh tiga puluh hari pemindahan tersebut, untuk menyusur dan menyita apa-apa harta dalam pelaksanaan waran itu, di mana sahaja ia boleh dijumpai, dan untuk menguruskannya seolah-olah harta itu telah disita di atas premis itu.
(2)
Bailif boleh, tanpa suatu perintah yang sedemikian, menyusur dan menyita apa-apa harta tersebut yang dijumpai olehnya semasa dalam proses pemindahan.