Seksyen 20
Seksyen 20
Jika apa-apa harta yang boleh disita di bawah suatu waran distress telah pun disita dalam pelaksanaan melalui perintah mana-mana mahkamah, ia tidak boleh disita di bawah waran distress itu selagi ia berada di bawah penyitaan itu; tetapi pegawai yang mempunyai milikan dalam pelaksanaan hendaklah diberitahu mengenai waran distress itu, dan hendaklah kemudian itu, tertakluk kepada apa-apa keutamaan tuntutan oleh atau bagi pihak Kerajaan
Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri, kena membayar dari hasil penjualan barang yang disita olehnya, selepas bayaran darinya perbelanjaan pelaksanaan dan penjualan, tetapi mengikut keutamaan kepada apa-apa bayaran lain, amaun yang didapati sebagai kena dibayar kepada tuan tanah:
Dengan syarat bahawa bayaran itu tidak boleh dalam apa-apa kadaan melebihi amaun yang kena dibayar bagi sewa enam bulan yang akhir.
(2)
Pegawai yang mempunyai milikan di bawah waran pelaksanaan hendaklah, apabila diberitahu sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen (1), memberi notis secara bertulis kepada si piutang pelaksanaan dan penghutang pelaksanaan mengenai
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 255
waran distress itu. Notis kepada penghutang pelaksanaan boleh diberi dengan melekatkannya di premis di atas mana barang itu disita.
(3)
Si piutang pelaksanaan atau penghutang pelaksanaan boleh memohon kepada mahkamah untuk membatal atau menggantungkan waran distress itu, dan mahkamah boleh menjalankan semua atau apa-apa kuasa tersebut sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 17
dan 18 dalam keadaan suatu permohonan di bawah seksyen 16.