Skip to content

Seksyen 5

Permohonan bagi waran distress

of Akta Distres 1951

ActIn forceProvision 5 of 26
Seksyen 5
(1)

Seorang tuan tanah atau ejennya yang diberi kuasa secara bertulis dengan sewajarnya boleh memohon ex-parte kepada seorang

Hakim atau Pendaftar bagi suatu perintah untuk mengeluarkan suatu waran, yang akan dipanggil suatu waran distress, bagi mendapat kembali sewa yang kena dibayar atau harus dibayar kepada tuan tanah itu oleh seorang penyewa mana-mana premis bagi suatu tempoh tidak lebih daripada dua belas bulan genap penyewaan sejurus sebelum tarikh permohonan itu dan Hakim atau Pendaftar boleh membuat apa-apa perintah dengan sewajarnya.

(2)

Surat kuasa itu bolehlah seperti dalam borang yang ditetapkan, jika ada, dengan apa-apa perubahan sebagaimana hal keadaan memerlukan, dan hendaklah dikemukakan pada masa

Distres 7

permohonan itu. Suatu surat kuasa wakil boleh diterima sebagai kuasa itu.

(3)

Tunggakan sewa boleh didapati melalui tahanan harta selepas penamatan tenansi itu, dengan syarat bahawa sama ada penyewa masih menduduki premis itu yang berkenaan dengannya sewa itu dituntut sebagai kena dibayar, atau apa-apa barang penyewa masih berada di atas premis itu.