Skip to content

Seksyen 22

Jika barang yang dipindahkan dijual kepada pembeli bona fide

of Akta Distres 1951

ActIn forceProvision 22 of 26
Seksyen 22
(1)

Jika mana-mana harta yang dipindahkan telah dijual bagi nilai wajar, sama ada sebelum atau selepas pemindahan, kepada seorang pembeli bona fide yang tidak mengetahui atau mempunyai keupayaan untuk mengetahui bahawa harta itu dikenakan distres bagi kegagalan untuk membayar sewa atau telah dipindahkan dengan tujuan untuk menghalang atau mencegah penahanan harta itu, harta itu tidak akan disita, atau jika disita, akan dikembalikan kepada pembeli itu.

(2)

Mana-mana orang yang menuntut dirinya sebagai pembeli bona fide bagi nilai wajar apa-apa harta yang disita di bawah seksyen 21 boleh dalam tempoh empat hari penyitaan tersebut, atau apa-apa lanjutan masa sebagaimana seorang Hakim boleh membenarkan, memohon suatu perintah supaya harta yang disita itu dikembalikan

Distres 15

kepadanya, dan seorang Hakim boleh membuat perintah tersebut dengan sewajarnya.