/akn/my/act/act/1953/254

*AKTA HAD MASA 1953

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1953
Sections
37
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

*AKTA HAD MASA 1953 is Malaysia Act, cited as Act 254 1953, currently marked in force and first recorded in 1953.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi had masa tindakan dan timbang tara. [19 Februari 1953]

Bahagian I

BAHAGIAN I

Tajuk ringkas dan pemakaian

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud Akta ini, seseorang itu hendaklah disifatkan sebagai tidak berkeupayaan semasa dia seorang kanak-kanak atau tidak sempurna akal.

Suggest a correction

(3)

Seseorang itu hendaklah disifatkan sebagai menuntut melalui seorang lain, jika dia berhak mendapat hak yang dituntut itu oleh, melalui, di bawah, atau dengan tindakan orang lain itu:

Dengan syarat bahawa seseorang yang berhak mendapat apa-apa harta atau kepentingan menurut suatu kuasa khas perlantikan tidak boleh disifatkan sebagai menuntut melalui pelantik itu.

Suggest a correction

(4)

Dalam Akta ini sebutan mengenai hak tindakan untuk mendapat kembali tanah hendaklah termasuk sebutan mengenai hak untuk mengambil milik tanah itu atau dalam hal tanggungan sewa apa-apa hak untuk menahan harta bagi mendapatkan tunggakan sewa dan sebutan mengenai pembawaan apa-apa tindakan sedemikian hendaklah meliputi sebutan mengenai pengambilan milik atau penahanan itu.

Suggest a correction

(5)

Dalam Akta ini sebutan mengenai pemilikan tanah hendaklah, dalam hal tanggungan sewa, ditafsirkan sebagai sebutan

Had Masa 9

mengenai penerimaan sewa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penerimaan sewa, dan sebutan mengenai tarikh perlucutan pemilikan atau pemberhentian pemilikan tanah hendaklah, dalam hal tanggungan sewa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai tarikh penerimaan sewa yang terakhir;

Suggest a correction

(6)

Dalam Bahagian III Akta ini sebutan mengenai hak tindakan hendaklah termasuk sebutan mengenai kausa tindakan dan hak untuk menerima wang yang bercagarkan gadai janji atau gadaian atas mana-mana harta atau untuk mendapatkan hasil jualan tanah, dan hak untuk menerima sesuatu bahagian atau kepentingan dalam harta pusaka peribadi kepunyaan orang yang mati; dan sebutan mengenai tarikh terakrunya sesuatu hak tindakan hendaklah—

(a)

dalam hal tindakan untuk sesuatu akaun, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai tarikh berbangkitnya perkara yang berkenaan dengannya akaun itu dituntut;

Suggest a correction

(b)

dalam hal tindakan ke atas suatu penghakiman, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai tarikh penghakiman itu boleh dikuatkuasakan;

Suggest a correction

(c)

dalam hal tindakan untuk mendapat kembali tunggakan sewa atau bunga, atau ganti rugi berkenaan dengannya, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai tarikh sewa atau bunga itu kena dibayar.

Kecualian bagi enakmen had masa lain

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Akta ini tidak terpakai bagi apa-apa tindakan atau timbang tara yang tempoh had masanya ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis lain atau bagi apa-apa tindakan atau timbang tara yang mana Kerajaan atau Kerajaan Negeri menjadi pihak dan yang jika ia di antara rakyat tempoh had masanya sepatutnya telah ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis lain.

10

Undang-Undang Malaysia

Seksyen 4

Had masa tidak akan berkuat kuasa sebagai halangan melainkan jika dirayu dengan khasnya

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh berkuat kuasa sebagai halangan bagi suatu tindakan melainkan jika Akta ini telah dirayukan dengan nyata sebagai pembelaan terhadapnya dalam apa-apa hal di mana mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan prosedur sivil yang sedang berkuat kuasa pembelaan itu dikehendaki supaya dirayukan.

Bahagian II

BAHAGIAN II

Bahagian II adalah tertakluk kepada peruntukan Bahagian III

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Peruntukan dalam Bahagian ini hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada peruntukan dalam Bahagian III Akta ini.

TINDAKAN MENGENAI KONTRAK DAN TORT DAN

TINDAKAN LAIN YANG TERTENTU

Seksyen 6

Had masa tindakan mengenai kontrak dan tort dan tindakan lain yang tertentu

Open as pageSuggest a correction

(d)

tindakan untuk mendapat kembali apa-apa jumlah wang menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis selain daripada penalti atau pelucuthakan atau sejumlah wang sebagai penalti atau pelucuthakan.

Had Masa 11

Suggest a correction

(2)

Sesuatu tindakan untuk akaun tidak boleh dibawa berkenaan dengan apa-apa perkara yang berbangkit lebih daripada enam tahun sebelum tindakan itu bermula.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu tindakan ke atas apa-apa penghakiman tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh dua belas tahun dari tarikh penghakiman itu boleh dikuatkuasakan dan tiada apa-apa tunggakan bunga mengenai apa-apa hutang penghakiman boleh didapatkan kembali selepas tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh bunga itu kena dibayar.

Suggest a correction

(4)

Sesuatu tindakan untuk mendapatkan bayaran penalti atau pelucuthakan atau sejumlah wang sebagai penalti atau pelucuthakan yang boleh didapatkan menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh satu tahun dari tarikh kausa tindakan itu terakru:

Dengan syarat bahawa bagi maksud subseksyen ini ungkapan

“penalti” tidaklah termasuk denda yang boleh dikenakan pada seseorang apabila disabitkan dengan kesalahan jenayah.

Suggest a correction

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi—

(a)

apa-apa kausa tindakan di dalam bidang kuasa Admiralti

Mahkamah Tinggi yang boleh dikuatkuasakan in rem selain daripada tindakan untuk mendapatkan bayaran gaji pelaut-pelaut, atau

Suggest a correction

(b)

apa-apa tindakan untuk mendapat wang yang bercagarkan sesuatu gadai janji atau gadaian ke atas tanah atau harta peribadi.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Tertakluk kepada seksyen 22 dan 32 Akta ini peruntukan seksyen ini terpakai (jika perlu dengan cara analogi) bagi semua tuntutan untuk pelaksanaan spesifik suatu kontrak atau bagi suatu injuksi atau bagi apa-apa relif saksama lain sama ada ia berasaskan apa-apa kontrak atau tort atau apa-apa amanah atau alasan ekuiti.

12

Undang-Undang Malaysia

Had masa dalam hal konversi berturutan dan penghapusan hakmilik pemunya bagi barang yang dikonversikan

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika sesuatu kausa tindakan itu telah terakru kepada mana-mana orang dan tempoh yang ditetapkan bagi membawa tindakan itu dan bagi membawa apa-apa tindakan berkenaan dengan konversi atau penahanan salah selanjutnya yang tersebut dahulu telah tamat dan dalam tempoh itu dia masih belum lagi mendapat kembali pemilikan catel itu, maka haknya terhadap catel itu adalah terhapus.

Had masa bagi tindakan tertentu mengenai perkara hasil

Suggest a correction

Seksyen 8

Sesuatu tindakan—

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk mengetepikan apa-apa jualan menurut perintah

Pemungut atau mana-mana pegawai hasil lain;

Suggest a correction

(b)

untuk mengetepikan apa-apa jualan bagi mendapatkan tunggakan hasil Kerajaan atau hasil Negeri atau bagi mendapatkan bayaran apa-apa tuntutan yang boleh didapatkan sebagai tunggakan sedemikian;

Suggest a correction

(c)

untuk mengetepikan apa-apa penahanan, pajakan, atau pemindahan sesuatu harta tak alih oleh pihak berkuasa hasil bagi mendapatkan tunggakan hasil Kerajaan atau

Negeri;

Suggest a correction

(d)

terhadap Kerajaan atau Kerajaan mana-mana Negeri untuk mendapatkan kembali wang yang dibayar dengan protes bagi menyelesaikan sesuatu tuntutan yang dibuat oleh pihak berkuasa hasil oleh sebab tunggakan hasil atau oleh

Had Masa 13

sebab tuntutan yang boleh didapatkan sebagai tunggakan sedemikian, tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh satu tahun dari tarikh jualan itu disahkan atau selainnya telah menjadi terakhir atau muktamad sekiranya tindakan itu tidak dibawa atau apabila penahanan itu terhenti atau pemindahan atau bayaran dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan.

TINDAKAN UNTUK MENDAPAT KEMBALI TANAH DAN SEWA

Had masa tindakan untuk mendapat kembali tanah

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa-apa dalam seksyen ini atau dalam subseksyen 11

Suggest a correction

(2)

Akta ini boleh disifatkan sebagai menyentuh peruntukan Akta

Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359], atau Kanun Tanah Negara

(Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963 [Akta 518], atau terpakai—

(a)

kepada Raja sesuatu Negeri, berkenaan dengan tanah

Kerajaan atau tanah yang dirizabkan bagi maksud awam yang terletak di dalam Negeri itu; atau

Suggest a correction

(b)

bagi mana-mana orang yang didaftarkan di bawah atau menurut kuasa peruntukan Kanun Tanah Negara 1965

[Akta 56 tahun 1965], atau Akta Kanun Tanah Negara

(Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963, sebagai tuan punya tanah yang hendak didapatkan kembali itu, atau kepada mana-mana orang yang menuntut melalui orang yang didaftarkan sedemikian, kecuali setakat yang diperuntukkan atau dibenarkan oleh Kanun atau Akta itu.

14

Undang-Undang Malaysia

Hak tuntutan terakru dalam hal kepentingan yang ada sekarang dalam tanah

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang membawa sesuatu tindakan untuk mendapat kembali mana-mana tanah kepunyaan orang yang mati sama ada di bawah wasiat atau tidak berwasiat dan orang yang mati itu memiliki tanah itu pada tarikh kematiannya dan ialah orang terakhir yang berhak mendapat tanah itu yang mempunyai milikan ke atasnya, kausa tindakan hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh kematiannya.

Suggest a correction

(3)

Jika mana-mana orang membawa sesuatu tindakan untuk mendapat kembali tanah, yang merupakan estet atau kepentingan dalam pemilikan yang dijamin dengan cara lain daripada wasiat kepadanya, atau kepada beberapa orang yang melaluinya dia menuntut, oleh seseorang yang, pada tarikh jaminan itu mula berkuat kuasa, memiliki tanah itu, atau dalam hal tanggungan sewa yang diwujudkan oleh jaminan itu, memiliki tanah yang digadaikan itu, dan tiada mana-mana orang telah memiliki tanah itu menurut jaminan itu, hak tindakan hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh jaminan itu mula berkuat kuasa.

Suggest a correction

(4)

Sesuatu hak tindakan untuk mendapat kembali tanah oleh kerana pelucuthakan atau pelanggaran syarat hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh berlakunya pelucuthakan atau pelanggaran syarat itu:

Dengan syarat bahawa, jika hak itu telah terakru kepada seseorang yang berhak mendapat estet atau kepentingan kembalian atau bakian dan tanah itu tidak didapatkan kembali menurutnya, hak tindakan untuk mendapat kembali tanah itu tidak boleh disifatkan sebagai telah terakru kepada orang itu sehingga estet atau kepentingan itu jatuh ke dalam milik, seolah-olah tiada apa-apa pelucuthakan atau pelanggaran syarat sedemikian telah berlaku.

Had Masa 15

Hak tindakan terakru dalam hal kepentingan masa depan mengenai tanah

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika orang yang berhak mendapat estet atau kepentingan terdahulu itu yang bukannya untuk tempoh beberapa tahun yang mutlak, tidak memiliki tanah itu pada tarikh tamatnya estet atau kepentingan tersebut, tiada apa-apa tindakan boleh dibawa oleh orang yang berhak mendapat estet atau kepentingan kemudiannya selepas tamatnya tempoh dua belas tahun dari tarikh hak tindakan itu terakru kepada orang yang berhak mendapat estet atau kepentingan terdahulu itu, atau enam tahun dari tarikh hak tindakan itu terakru kepada orang yang berhak mendapat estet atau kepentingan kemudiannya itu, mengikut mana yang terkemudian tamat tempohnya.

Suggest a correction

(3)

Tiada seorang pun boleh membawa tindakan untuk mendapatkan apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah di bawah sesuatu jaminan yang mula berkuat kuasa selepas hak tindakan untuk mendapat kembali tanah itu telah terakru kepada orang yang membuat jaminan itu atau orang yang melaluinya dia menuntut atau orang yang berhak mendapat estet atau kepentingan terdahulu itu, melainkan tindakan itu dibawa dalam tempoh masa yang semasa orang yang membuat jaminan itu sepatutnya membawa tindakan tersebut.

Suggest a correction

(4)

Jika mana-mana orang berhak kepada apa-apa estet atau kepentingan dalam tanah yang dimiliki dan, semasa berhak sedemikian, dia juga berhak mendapat apa-apa estet atau kepentingan masa depan mengenai tanah tersebut, dan haknya untuk mendapat kembali estet atau kepentingan yang dimiliki itu dihalang di bawah

Akta ini, tiada apa-apa tindakan boleh dibawa oleh orang itu, atau oleh mana-mana orang yang menuntut melaluinya, berkenaan dengan estet atau kepentingan masa depan itu, melainkan jika dalam pada itu

16

Undang-Undang Malaysia pemilikan tanah itu telah didapat kembali oleh seseorang yang berhak kepada estet atau kepentingan perantaraan.

Peruntukan mengenai tanah yang diselesaikan dan tanah yang dipegang atas amanah

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana tanah dipegang atas amanah termasuk suatu amanah untuk jualan, dan tempoh yang ditetapkan oleh Akta ini (jika ada) bagi pemegang amanah membawa tindakan untuk mendapat kembali tanah itu telah tamat, estet pemegang amanah itu tidak boleh dihapuskan jika dan selagi hak tindakan untuk mendapat kembali tanah itu bagi mana-mana orang yang berhak mendapat sesuatu kepentingan benefisial mengenai tanah itu atau mengenai hasil jualannya sama ada belum lagi terakru atau belum lagi dihalang oleh

Akta ini, tetapi jika dan apabila setiap hak tindakan itu telah dihalang demikian, maka estet pemegang amanah itu adalah terhapus.

Suggest a correction

(3)

Jika mana-mana tanah dipegang atas amanah, temasuk amanah untuk jualan, suatu tindakan untuk mendapat kembali tanah itu boleh dibawa oleh pemegang amanah bagi pihak mana-mana orang yang berhak mendapat kepentingan benefisial terhadap pemilikan tanah itu atau terhadap hasil jualan yang hak tindakannya masih belum dihalang oleh Akta ini, walaupun hak tindakan pemegang amanah itu akan dihalang oleh Akta ini, jika tidak kerana peruntukan ini.

Suggest a correction

(4)

Jika mana-mana tanah yang dipegang atas amanah untuk jualan adalah dalam milikan seseorang yang berhak kepada kepentingan benefisial terhadap tanah itu atau terhadap hasil

Had Masa 17

jualannya, yang bukannya orang yang berhak mendapat kepentingan atau hak itu secara tunggal dan dengan mutlaknya, bagi maksud Akta ini tiada apa-apa hak tindakan untuk mendapat kembali tanah itu boleh disifatkan sebagai terakru dalam tempoh pemilikan itu kepada mana-mana orang yang padanya tanah itu diletakhakkan sebagai pemegang amanah, atau kepada mana-mana orang yang berhak kepada kepentingan benefisial terhadap tanah atau dalam hasil jualan.

Hak tindakan terakru dalam hal sewaan tertentu

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu sewaan dari setahun ke setahun atau mengikut tempoh masa lain, tanpa pajakan secara bertulis, hendaklah, bagi maksud

Akta ini, disifatkan sebagai telah ditamatkan apabila tamatnya tempoh tahun yang pertama atau tempoh masa lain itu, dan dengan itu hak tindakan bagi orang yang berhak kepada tanah yang tertakluk kepada sewaan itu hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh penetapan tersebut.

Suggest a correction

(3)

Jika apa-apa sewa berkenaan dengan sesuatu sewaan telah diterima selepas tamatnya tempoh sewaan tersebut, maka hak tindakan hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh penerimaan sewa itu yang terakhir.

Suggest a correction

(4)

Jika mana-mana orang memiliki tanah menurut suatu pajakan secara bertulis dengan sewa yang tidak kurang daripada sepuluh ringgit dirizabkan, dan sewa itu diterima oleh beberapa orang yang dengan salahnya menuntut sebagai berhak mendapat kembalian tanah yang akan diperoleh sebaik sahaja pajakan itu tamat, dan tiada apa-apa sewa kemudiannya diterima oleh orang yang dengan sahnya berhak sedemikian, maka hak tindakan bagi orang yang terakhir dinamakan itu untuk mendapat kembali tanah tersebut hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh sewa itu mula-mulanya

18

Undang-Undang Malaysia diterima oleh orang yang dengan salahnya menuntut yang tersebut dahulu dan tidak pada tarikh tamatnya pajakan itu.

Suggest a correction

(5)

Seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa sewaan dengan kehendak atau pajakan yang diberi oleh Raja atau Yang Dipertua

Negeri atau oleh Kerajaan atau Kerajaan mana-mana Negeri.

Hak tindakan terakru dalam hal pelucuthakan atau pelanggaran syarat

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Suatu hak tindakan untuk mendapat kembali tanah oleh sebab pelucuthakan atau pelanggaran syarat hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh pelucuthakan atau berlaku pelanggaran syarat itu:

Dengan syarat bahawa, sekiranya hak itu telah terakru kepada seseorang yang berhak mendapat estet atau kepentingan kembalian atau bakian dan tanah itu tidak didapatkan kembali menurutnya, hak tindakan untuk mendapat kembali tanah itu tidak boleh disifatkan sebagai telah terakru kepada orang itu sehingga estet atau kepentingannya jatuh dalam milik, seolah-olah tiada apa-apa lucuthak atau pelanggaran syarat sedemikian telah berlaku.

Seksyen 15

Hak tindakan tidak terakru atau berterusan melainkan jika terdapat pemilikan bertentangan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika hak tindakan untuk mendapat kembali tanah telah terakru dan kemudiannya, sebelum hak itu dihalang, tanah tersebut tidak lagi berada dalam pemilikan bertentangan, hak tindakan itu tidak lagi boleh disifatkan sebagai telah terakru dan tiada apa-apa hak tindakan

Had Masa 19

baru boleh disifatkan sebagai terakru melainkan dan sehingga tanah itu berada semula dalam pemilikan bertentangan.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

pemilikan mana-mana tanah yang tertakluk kepada suatu tanggungan sewa oleh seseorang (selain daripada orang yang berhak mendapat tanggungan sewa itu) yang tidak membayar sewa boleh disifatkan sebagai pemilikan bertentangan bagi tanggungan sewa itu; dan

Suggest a correction

(b)

penerimaan sewa di bawah sesuatu pajakan oleh seseorang yang dengan salahnya menuntut, mengikut seksyen 13 (4)

Akta ini, kembalian tanah itu hendaklah disifatkan sebagai pemilikan bertentangan tanah itu.

Had masa tindakan penebusan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Apabila seorang pemegang gadai janji tanah yang memiliki mana-mana tanah yang digadai janji itu bagi tempoh dua belas tahun, tiada apa-apa tindakan untuk menebus tanah yang dimiliki oleh pemegang gadai janji itu boleh dibawa selepas tempoh tersebut oleh penggadai janji atau mana-mana orang yang menuntut melaluinya:

Dengan syarat bahawa jika seorang pemegang gadai janji memiliki oleh sebab gadai janji itu mana-mana tanah yang digadai janji dan sama ada menerima apa-apa jumlah wang mengenai wang pokok atau bunga bagi hutang gadai janji itu atau mengakui menurut peruntukan seksyen 27 Akta ini hakmilik penggadai janji itu, atau hak ekuitinya untuk menebus, tindakan untuk menebus tanah yang dimilikinya itu boleh dibawa pada bila-bila masa sebelum tamatnya tempoh dua belas tahun dari tarikh pembayaran atau akuan itu.

Tiada apa-apa hak tindakan boleh dikekalkan dengan kemasukan formal atau tuntutan berterusan

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud Akta ini, tiada seorang pun boleh disifatkan sebagai memiliki mana-mana tanah hanya oleh sebab dia telah memasuki tanah itu secara formal, dan tiada apa-apa tuntutan berterusan atau tuntutan lain terhadap atau hampir dengan

20

Undang-Undang Malaysia mana-mana tanah boleh mengekalkan apa-apa hak tindakan untuk mendapat kembali tanah itu.

Seksyen 18

Hak orang yang tidak mempunyai milikan adalah terhapus

Open as pageSuggest a correction

Pada masa penamatan tempoh yang dihadkan oleh Akta ini bagi mana-mana orang membawa suatu tindakan untuk mendapat kembali tanah hak dan hakmilik orang tersebut kepada tanah itu bagi mendapatkannya sesuatu tindakan mungkin telah dibawa dalam tempoh tersebut, adalah terhapus.

Seksyen 19

Tuntutan pentadbir hendaklah ditarikhkan ke belakang pada tarikh kematian

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud peruntukan Akta ini berhubungan dengan tindakan untuk mendapat kembali tanah seseorang pentadbir harta pusaka orang yang mati hendaklah disifatkan sebagai menuntut seolah-olah tidak ada suatu lat tempoh masa di antara kematian orang yang mati dan pemberian surat kuasa mentadbir itu.

Seksyen 20

Had masa tindakan untuk mendapat kembali sewa

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa tindakan boleh dibawa, atau distres boleh dibuat, untuk mendapatkan kembali tunggakan sewa, atau ganti rugi berkenaan dengannya, selepas tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh tunggakan itu kena dibayar.

TINDAKAN UNTUK MENDAPAT KEMBALI WANG YANG

DICAGARKAN GADAI JANJI ATAU GADAIAN ATAU UNTUK

MENDAPAT KEMBALI HASIL JUALAN TANAH

Had masa tindakan untuk mendapat kembali wang yang dicagarkan gadai janji atau gadaian atau untuk mendapat hasil jualan tanah

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa-apa tindakan halang tebus berkenaan dengan harta peribadi yang digadai janji boleh dibawa selepas tamatnya tempoh dua belas tahun dari tarikh hak haling-tebus itu terakru:

Dengan syarat bahawa, sekiranya selepas tarikh tersebut pemegang gadai janji itu dengan milikan harta yang digadai janji itu, hak untuk menghalang tebus harta yang ada dalam miliknya itu tidak boleh, bagi maksud subseksyen ini, disifatkan sebagai telah terakru sehingga tarikh pemilikannya ditamatkan.

Suggest a correction

(3)

Hak untuk menerima apa-apa jumlah wang pokok yang bercagarkan suatu gadai janji atau gadaian lain dan hak untuk menghalang-tebus harta yang tertakluk kepada gadai janji atau gadaian itu tidak boleh disifatkan sebagai terakru selagi harta itu terdiri daripada apa-apa kepentingan masa depan atau apa-apa polisi insurans nyawa yang masih belum cukup tempoh matangnya atau belum ditamatkan.

Suggest a correction

(4)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen terdahulu daripada seksyen ini boleh dipakai bagi tindakan halang tebus berkenaan dengan tanah yang digadai janji tetapi peruntukan Akta ini berhubungan dengan tindakan untuk mendapat kembali tanah hendaklah terpakai bagi tindakan sedemikian.

Suggest a correction

(5)

Tiada apa-apa tindakan untuk mendapat kembali tunggakan bunga yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa jumlah wang yang bercagarkan suatu gadai janji atau gadaian lain atau yang kena dibayar berkenaan dengan hasil jualan tanah, atau bagi mendapat kembali ganti rugi berkenaan dengan tunggakan tersebut boleh dibawa selepas tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh bunga itu kena dibayar:

Dengan syarat bahawa—

(a)

jika penerima gadai janji atau pembeban lain yang terdahulu telah pun memiliki harta yang digadai janji atau digadai itu, dan suatu tindakan dibawa dalam masa satu tahun dari tamatnya pemilikan itu oleh pembeban

22

Undang-Undang Malaysia kemudiannya, dia boleh melalui tindakan itu mendapat kembali semua tunggakan bunga yang kena dibayar dalam tempoh pemilikan pembeban terdahulu atau ganti rugi berkenaan dengannya, walaupun tempoh itu melebihi enam tahun;

Suggest a correction

(b)

jika harta yang tertakluk kepada gadai janji atau gadaian itu terdiri daripada apa-apa kepentingan masa depan atau polisi insurans nyawa dan adalah suatu terma gadai janji atau gadaian itu bahawa tunggakan bunga akan dikira sebagai sebahagian daripada jumlah wang pokok yang bercagarkan gadai janji atau gadaian itu, bunga tidak boleh disifatkan sebagai kena dibayar sebelum hak untuk menerima jumlah wang pokok itu terakru atau disifatkan telah terakru.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana gadai janji atau gadaian suatu kapal.

TINDAKAN BERKENAAN DENGAN HARTA AMANAH ATAU

HARTA PUSAKA PERIBADI KEPUNYAAN ORANG YANG MATI

Had masa tindakan berkenaan dengan harta amanah

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(a)

berkenaan dengan apa-apa fraud atau pecah amanah fraudan yang pemegang amanah itu menjadi pihak atau mengambil bahagian; atau

Suggest a correction

(b)

bagi mendapat kembali daripada pemegang amanah harta amanah atau hasil jualannya yang ada dalam milikan pemegang amanah itu, atau yang diterima dahulunya oleh pemegang amanah itu dan telah disalahgunakan untuk kegunaan sendiri.

Suggest a correction

(2)

Tertakluk kepada peruntukan yang tersebut dahulu, sesuatu tindakan oleh seseorang benefisiari untuk mendapat kembali harta amanah atau berkenaan dengan apa-apa pecah amanah, yang

Had Masa 23

bukannya suatu tindakan yang tempoh had masanya ditetapkan oleh mana-mana peruntukan lain Akta ini, tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh hak tindakan itu terakru:

Dengan syarat bahawa hak tindakan tidak boleh disifatkan sebagai telah terakru kepada mana-mana benefisiari yang berhak mendapat kepentingan masa depan di dalam harta amanah itu, sehingga kepentingan itu jatuh dalam milikan.

Suggest a correction

(3)

Tiada seorang pun benefisiari yang terhadapnya ada pembelaan di bawah Akta ini boleh mendapat apa-apa faedah yang lebih atau faedah lain daripada penghakiman atau perintah yang diperoleh oleh mana-mana benefisiari lain daripada faedah yang boleh didapatinya jika dia telah membawa tindakan itu dan Akta ini dirayu dalam pembelaannya.

Had masa tindakan bagi menuntut harta pusaka peribadi kepunyaan orang yang mati

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada subseksyen 22 (1) Akta ini, tiada apa-apa tindakan berkenaan dengan apa-apa tuntutan terhadap harta pusaka peribadi kepunyaan orang yang mati atau terhadap apa-apa bahagian atau kepentingan di dalam harta pusaka tersebut, sama ada di bawah suatu wasiat atau tidak berwasiat, boleh dibawa selepas tamatnya tempoh dua belas tahun dari tarikh hak menerima bahagian atau kepentingan itu terakru, dan tiada apa-apa tindakan untuk mendapat bayaran tunggakan bunga berkenaan dengan apa-apa legasi, atau ganti rugi berkenaan dengan tunggakan tersebut, boleh dibawa selepas tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh bunga itu kena dibayar.

Bahagian III

BAHAGIAN III

Pelanjutan tempoh had masa dalam hal ketidakupayaan

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika pada tarikh itu mana-mana orang yang tersebut dalam subseksyen (1) seksyen ini menanggung dua ketidakupayaan atau jika sebelum ketidakupayaan yang ditanggungnya pada tarikh itu terhenti dia telah terjejas oleh ketidakupayaan yang lain maka bagi maksud seksyen ini dia hendaklah disifatkan sebagai terus berada dalam ketidakupayaan sehingga kedua-dua ketidakupayaan itu terhenti.

Suggest a correction

(3)

Jika seorang daripada beberapa orang pemiutang bersama atau pihak menuntut menanggung ketidakupayaan sedemikian, dan jika suatu pelepasan boleh diberi tanpa memerlukan persetujuan orang itu, masa akan tetap berlalu terhadap kesemua mereka. Jika pelepasan itu tidak boleh diberi, masa tidak akan berlalu terhadap sesiapa jua di antara mereka sehingga kesemua orang itu tidak lagi menanggung ketidakupayaan atau sehingga salah seorang daripada mereka mampu memberi pelepasan tersebut tanpa memerlukan persetujuan daripada yang lainnya, mengikut mana yang berlaku terdahulu.

Suggest a correction

(4)

Peruntukan-peruntukan terdahulu dalam seksyen ini hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada proviso berikut:

(a)

tiada apa-apa jua dalam peruntukan itu boleh menyentuh apa-apa hal di mana hak tindakan itu mula terakru kepada mana-mana orang yang tidak menanggung apa-apa ketidakupayaan yang melaluinya orang yang tidak berupaya itu menuntut;

Suggest a correction

(b)

apabila suatu hak tindakan yang telah pun terakru kepada seseorang yang tidak berupaya terakru, atas kematian orang itu ketika masih tidak berupaya, kepada orang tidak berupaya yang lain, tiada apa-apa pelanjutan masa seterusnya boleh dibenarkan atas alasan ketidakupayaan orang yang kedua itu;

Had Masa 25

Suggest a correction

(c)

tiada apa-apa tindakan untuk mendapat kembali tanah atau wang yang dipertanggungkan ke atas tanah yang tempoh had masanya ditetapkan di bawah Akta ini boleh dibawa menurut kuasa peruntukan seksyen ini oleh mana-mana orang selepas tamatnya tempoh tiga puluh tahun dari tarikh hak tindakan itu terakru kepada orang itu atau kepada mana-mana orang yang melaluinya dia menuntut;

Suggest a correction

(d)

tiada apa-apa jua dalam peruntukan itu terpakai bagi apa-apa tindakan untuk mendapat kembali bayaran penalti atau pelucuthakan, atau sejumlah wang dengan cara itu, menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis, kecuali jika tindakan itu dibawa oleh pihak yang terkilan.

Pelanjutan tempoh had masa jika penghutang mentadbir harta pusaka pemiutangnya

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Jika surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka kepunyaan pemiutang telah diberikan kepada penghutangnya, perjalanan masa yang ditetapkan bagi suatu tindakan untuk mendapat kembali bayaran hutang itu adalah tergantung sementara pentadbiran itu diteruskan.

Seksyen 26

Pengakruan tindakan baru atas akuan atau pembayaran sebahagian

Open as pageSuggest a correction

(a)

orang yang memiliki tanah atau harta peribadi itu mengakui hakmilik orang yang kepadanya hak tindakan itu telah terakru; atau

Suggest a correction

(b)

dalam hal mana-mana tindakan oleh penggadai janji atau pemegang gadaian orang yang memiliki yang tersebut dahulu atau orang yang bertanggungan terhadap hutang yang dicagarkan dengan gadai janji atau gadaian itu membuat apa-apa bayaran mengenainya, sama ada bayaran wang pokok atau bunganya,

26

Undang-Undang Malaysia hak itu hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada dan bukan sebelum tarikh pengakuan atau pembayaran terakhir.

Suggest a correction

(2)

Jika apa-apa hak tindakan telah terakru bagi mendapat kembali apa-apa hutang atau apa-apa tuntutan wang yang tertentu jumlahnya, atau apa-apa tuntutan terhadap harta pusaka peribadi kepunyan orang yang mati atau terhadap apa-apa bahagian atau kepentingan di dalamnya, dan orang yang bertanggungan atau bertanggungjawab terhadapnya mengakui tuntutan itu atau membuat apa-apa bayaran berkenaan dengannya, hak itu hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada dan bukan sebelum tarikh bayaran terakhir:

Dengan syarat bahawa bayaran sebahagian daripada sewa atau bunga yang kena dibayar pada bila-bila masa tidak boleh melanjutkan tempoh bagi menuntut baki sewa atau bunga yang kena dibayar pada masa itu, tetapi apa-apa bayaran bunga adalah mempunyai kesan, bagi maksud subseksyen ini sahaja, seolah-olah ia suatu bayaran bagi hutang pokok.

Peruntukan formal mengenai akuan dan pembayaran sebahagian

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa akuan atau pembayaran yang dirujuk dalam seksyen 26 atau dalam proviso kepada seksyen 16 Akta ini boleh dibuat oleh ejen orang yang dikehendaki membuatnya di bawah seksyen itu, dan hendaklah dibuat kepada orang itu, atau kepada ejen orang itu, yang diakui hakmilik atau tuntutannya itu atau, mengikut mana yang berkenaan, yang mengenai tuntutannya pembayaran itu dibuat.

Kesan akuan atau pembayaran sebahagian ke atas orang lain daripada pembuat atau penerima

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu pembayaran berkenaan dengan hutang yang bercagarkan gadai janji atau gadaian oleh penggadai janji atau mana-mana orang yang memiliki tanah atau harta peribadi yang digadai janji atau digadaikan itu hendaklah, setakat yang berkaitan dengan apa-apa hak pemegang gadai janji atau pemegang gadaian itu untuk menghalang tebus atau selainnya untuk mendapat kembali harta itu, mengikat semua orang lain yang dalam milikannya harta yang digadai janji itu dalam tempoh had masa yang berikutan dengannya.

Suggest a correction

(3)

Jika terdapat dua orang atau lebih penggadai janji tanah atau harta peribadi dan hakmilik atau hak untuk menebus bagi seorang daripada penggadai janji itu diakui sebagaimana tersebut dahulu, akuan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat terhadap semua penggadai janji itu.

Suggest a correction

(4)

Suatu akuan apa-apa hutang atau tuntutan lain yang tertentu jumlahnya hendaklah mengikat orang yang membuat akuan itu dan penggantinya tetapi tidak mana-mana orang lain:

Dengan syarat bahawa suatu akuan yang dibuat selepas tamatnya tempoh had masa yang ditetapkan bagi membawa sesuatu tindakan untuk mendapat kembali hutang atau tuntutan lain tidaklah mengikat mana-mana pengganti yang kepadanya liabiliti itu diturunkan atas penentuan estet atau kepentingan yang terdahulu mengenai harta di bawah sesuatu penyelesaian yang berkuat kuasa sebelum tarikh akuan itu.

Suggest a correction

(5)

Pembayaran yang dibuat berkenaan dengan mana-mana hutang atau tuntutan wang lain yang tertentu jumlahnya hendaklah mengikat semua orang yang bertanggungan berkenaan dengannya:

Dengan syarat bahawa suatu pembayaran yang dibuat selepas tamatnya tempoh had masa yang ditetapkan bagi membawa sesuatu tindakan untuk mendapat kembali hutang atau tuntutan lain tidaklah mengikat mana-mana orang selain daripada orang yang membuat pembayaran itu dan penggantinya, dan tidak mengikat mana-mana pengganti yang kepadanya liabiliti itu diturunkan atas penentuan estet

28

Undang-Undang Malaysia atau kepentingan yang terdahulu mengenai harta di bawah sesuatu penyelesaian yang berkuat kuasa sebelum tarikh pembayaran itu.

Suggest a correction

(6)

Suatu akuan oleh seorang daripada beberapa orang wakil diri mengenai apa-apa tuntutan terhadap harta pusaka peribadi orang yang mati, atau terhadap apa-apa bahagian atau kepentingan di dalamnya, atau suatu pembayaran oleh seorang daripada beberapa orang wakil diri berkenaan dengan mana-mana tuntutan itu adalah mengikat harta pusaka orang yang mati itu.

Suggest a correction

(7)

Dalam seksyen ini ungkapan “pengganti,” berhubungan dengan mana-mana penggadai janji atau orang yang bertanggungan berkenaan dengan apa-apa hutang atau tuntutan, bererti wakil dirinya dan mana-mana orang lain yang kepadanya hak di bawah gadai janji itu atau, mengikut mana yang berkenaan, liabiliti mengenai berkenaan dengan hutang atau tuntutan itu diturunkan , sama ada atas kematian atau kebankrapan atau pelupusan harta atau atas penentuan suatu estet atau kepentingan terhad di dalam harta yang diselesaikan atau sebaliknya.

Penangguhan tempoh had masa sekiranya terdapat fraud atau kesilapan

Suggest a correction

Seksyen 29

Jika, dalam mana-mana tindakan yang tempoh had masanya ditetapkan oleh Akta ini, sama ada—

Open as pageSuggest a correction

(a)

tindakan itu berasaskan fraud defendan atau ejennya atau mana-mana orang yang melaluinya dia menuntut atau ejennya; atau

Suggest a correction

(b)

hak tindakan itu tersembunyi oleh fraud mana-mana orang yang tersebut dahulu; atau

Suggest a correction

(c)

tindakan itu adalah bagi relif daripada akibat sesuatu kesilapan, tempoh had masa tidak akan bermula sehingga plaintif mengetahui tentang fraud atau kesilapan itu, mengikut mana yang berkenaan, atau mungkin akan mengetahuinya dengan usaha yang munasabah:

Had Masa 29

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membenarkan apa-apa tindakan dibawa bagi mendapat kembali, atau menguatkuasakan apa-apa gadaian terhadap, atau mengetepikan apa-apa transaksi yang melibatkan, apa-apa harta yang—

Suggest a correction

(i)

dalam hal fraud, telah pun dibeli dengan balasan bernilai oleh seseorang yang tidak menjadi pihak kepada fraud itu dan tidak pada masa pembelian tersebut mengetahui atau mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa sesuatu fraud telah dilakukan; atau

(ii)

dalam hal kesilapan, telah pun dibeli dengan balasan bernilai, selepas daripada transaksi dalam mana kesilapan itu dilakukan, oleh seseorang yang tidak mengetahui atau mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa kesilapan itu telah dilakukan.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

Pemakaian Akta dan enakmen had masa lain bagi timbang tara

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun terma dalam apa-apa penghujahan yang bermaksud bahawa tiada apa-apa kausa tindakan akan terakru berkenaan dengan mana-mana perkara yang dikehendaki oleh penghujahan itu supaya dirujuk sehingga suatu award dibuat di bawah penghujahan itu, kausa tindakan itu hendaklah, bagi maksud

Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain (sama ada dalam pemakaiannya bagi timbang tara atau prosiding lain), disifatkan sebagai telah terakru berkenaan dengan mana-mana perkara sedemikian pada masa ia sepatutnya terakru jika tidak kerana terma dalam penghujahan itu.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang tersebut dahulu, suatu timbang tara hendaklah disifatkan sebagai telah bermula apabila suatu pihak pada timbang tara itu telah menyampaikan kepada pihak atau pihak-pihak yang lain itu suatu notis menghendakinya atau mereka melantik seorang penimbang tara

30

Undang-Undang Malaysia atau supaya bersetuju dengan pelantikan seorang penimbang tara, atau, jika penghujahan itu memperuntukkan bahawa rujukan itu hendaklah dibuat kepada orang yang dinamakan atau ditetapkan dalam penghujahan tersebut, menghendakinya atau mereka menyerahkan pertikaian itu kepada orang yang dinamakan atau ditetapkan itu.

Suggest a correction

(4)

Apa-apa notis yang tersebut dahulu bolehlah disampaikan sama ada—

(a)

dengan menyerahkannya kepada orang yang hendak disampaikan notis itu; atau

Suggest a correction

(b)

dengan meninggalkannya di tempat tinggal orang itu yang biasa atau yang terakhir diketahui di Malaysia; atau

Suggest a correction

(c)

dengan menghantarkannya secara pos melalui surat berdaftar yang dialamatkan kepada orang itu di tempat tinggal biasanya atau di tempat tinggalnya yang terakhir diketahui di Malaysia, dan juga mengikut apa-apa cara lain yang diperuntukkan dalam penghujahan itu dan jika suatu notis dihantar dengan pos mengikut cara yang ditetapkan oleh perenggan (c) subseksyen ini, penyampaian itu hendaklah, melainkan jika terbukti sebaliknya, disifatkan sebagai telah dilaksanakan pada masa surat itu sepatutnya telah diserahkan dalam perjalanan biasa pos.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Jika Mahkamah Tinggi memerintahkan supaya suatu award diketepikan atau memerintahkan, selepas bermulanya sesuatu timbang tara, supaya timbang tara itu hendaklah terhenti daripada berkuat kuasa berkenaan dengan pertikaian yang dirujukkan itu,

Mahkamah boleh selanjutnya memerintahkan supaya tempoh di antara permulaan timbang tara itu dan tarikh perintah Mahkamah itu hendaklah dikecualikan dalam mengira masa yang ditetapkan oleh

Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang tersebut dahulu bagi memulakan prosiding (termasuk timbang tara) berkenaan dengan pertikaian yang dirujukan itu.

Suggest a correction

(6)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi suatu timbang tara di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan juga timbang tara menurut suatu penghujahan, dan subseksyen (3) dan (4) di atas

Had Masa 31

hendaklah berkuat kuasa, berhubungan dengan sesuatu timbang tara di bawah mana-mana undang-undang bertulis, seolah-olah sebutan mengenai penghujahan digantikan dengan sebutan mengenai mana-mana peruntukan undang-undang atau mana-mana perintah, skim, kaedah, peraturan atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya yang berkaitan dengan timbang tara itu.

Suggest a correction

(7)

Dalam seksyen ini ungkapan “timbang tara”, “award” dan

“penghujahan” mempunyai erti yang sama seperti dalam *Akta

Timbangtara 1952 [Akta 93].

Peruntukan mengenai tolakan atau tuntutan balas

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud Akta ini, apa-apa tuntutan dengan cara tolakan atau tuntutan balas hendaklah disifatkan sebagai suatu tindakan berasingan dan telah bermula pada tarikh yang sama dengan tarikh tindakan yang dalamnya tolakan atau tuntutan balas itu dirayukan.

Seksyen 32

Akuiesens

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa bidang kuasa ekuiti untuk menolak relif atas alasan akuiesens, laches atau selainnya.

Seksyen 33

Pemakaian terhadap kerajaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini prosiding oleh atau terhadap mana-mana Jabatan Kerajaan atau mana-mana pegawai mana-mana

Kerajaan atau seseorang yang bertindak bagi pihak Kerajaan adalah disifatkan sebagai prosiding oleh atau terhadap Kerajaan.

Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini ungkapan “Kerajaan” hendaklah disifatkan termasuk Kerajaan mana-mana Negeri.

Peruntukan mengenai tindakan yang telah terhalang atau belum selesai

Suggest a correction

Seksyen 34

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

(a)

membolehkan dibawa apa-apa tindakan yang tindakan yang sudah telah terhalang sebelum Akta ini mula berkuat kuasa oleh mana-mana Ordinan atau Enakmen yang dimansuhkan oleh Akta ini, kecuali setakat mana kausa tindakan atau hak tindakan itu boleh dihidupkan semula oleh akuan atau pembayaran sebahagian yang dibuat menurut peruntukan Akta ini; atau

Suggest a correction

(b)

memberi kesan terhadap apa-apa tindakan atau timbang tara yang bermula sebelum Akta ini mula berkuat kuasa atau hakmilik kepada apa-apa harta yang menjadi perkara suatu tindakan atau timbang tara.

Pemansuhan

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Seksyen 35]

N.N.S. Bab 16

Enakmen Had Masa

N.M.B. Bab 18

Ordinan Had Masa

Enakmen Johor No. 23

Enakmen Had Masa

Enakmen Kelantan No. 4 Tahun 1930

Enakmen Had Masa 1930

Enakmen Kedah No. 60

Enakmen No. 60 (Had Masa)

Enakmen Trengganu No. 20 Tahun 1356

Enakmen Had Masa 1356

Enakmen Perlis No. 3 Tahun 1344

Enakmen Had Masa 1344

______________________________________________

34

Akta 254

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari meminda

P.U. 332/58 Perintah Perlembagaan Persekutuan 13-11-1958

(Pengubahsuaian Undang-Undang)

(Ordinan dan Proklamasi) 1958

P.U. 109/82 Perintah Penyemakan Undang-Undang 19-11-1981

(Akta Had Masa) 1982

_______________

34

Akta 254

SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari-NIL-

___________________

Common questions

What is LIMITATION ACT 1953?
*AKTA HAD MASA 1953 is Malaysia Act, cited as Act 254 1953, currently marked in force and first recorded in 1953.
Is LIMITATION ACT 1953 still in force?
Yes — LIMITATION ACT 1953 is currently in force.
When did LIMITATION ACT 1953 take effect?
LIMITATION ACT 1953 was first recorded in 1953.
How many sections does LIMITATION ACT 1953 have?
LIMITATION ACT 1953 contains 36 sections.
Where can I read the official version of LIMITATION ACT 1953?
The official text of LIMITATION ACT 1953 is published at lom.agc.gov.my.