/akn/my/act/act/1953/386

AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1953
Sections
31
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953 is Malaysia Act, cited as Act 386 1953, currently marked in force and first recorded in 1953.

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“pihak berkuasa berkenaan” ertinya Raja dalam Majlis atau

Yang di-Pertua Negeri dalam Majlis sesuatu Negeri;

“pengairan” ertinya amalan yang menyebabkan air mengalir di atas, atau melimpah, atau di bawah, permukaan tanah atau yang menahan air di atas atau di bawah permukaan tanah bagi maksud pertanian dan termasuklah saliran bagi pengalihan air yang memudaratkan kepada pertanian;

*CATATAN—Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Semenanjung Malaysia”—lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 386 A

“kawasan pengairan” ertinya mana-mana kawasan yang boleh dari semasa ke semasa diisytiharkan sedemikian oleh pihak berkuasa berkenaan di bawah Akta ini;

“air pengairan” ertinya air yang diletakkan di atas atau ditahan di atas tanah dengan cara kerja pengairan dan termasuklah air yang sampai ke tanah itu sebagai hujan;

“kerja pengairan” termasuklah pembinaan dan penyenggaraan pangkal kerja, terusan utama, terusan subsidiari, saluran pengagihan, saluran penyaliran, tebing, benteng, batas, pintu air, pembetung, sluis, parit dan kerja lain yang seumpamanya;

“Pentadbir Tanah” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965];

“penghuni” termasuklah seorang penerima pajak atau penyewa dan penanam atau orang yang sebenarnya memiliki, menguruskan atau mengawal mana-mana tanah;

“pemunya” ertinya tuan punya berdaftar bagi mana-mana tanah di Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia dan pemunya di sisi undang-undang atau pemegang melalui pemegangan ikut adat bagi mana-mana tanah di Negeri Melaka dan Pulau Pinang.

Seksyen 3

Perisytiharan kawasan pengairan

Open as pageSuggest a correction

Warta, mengisytiharkan mana-mana tanah dalam sesuatu Negeri di dalam kawasan yang terlibat dengan apa-apa kerja pengairan yang keseluruhan atau sebahagiannya dijalankan atau dibenarkan oleh

Kerajaan Negeri itu untuk menjadi suatu kawasan pengairan.

Pemberitahuan itu hendaklah menentukan sempadan bagi kawasan itu dan boleh termasuk apa-apa pangkal kerja dan terusan utama.

CATATAN—Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Semenanjung Malaysia”—lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).

Kawasan Pengairan 7

Seksyen 4

Jenis penanaman

Open as pageSuggest a correction

Warta, mengisytiharkan berkenaan dengan mana-mana tanah tidak diberi hakmilik di dalam suatu kawasan pengairan bahawa tanah itu tidak boleh digunakan bagi apa-apa perusahan, penanaman atau maksud lain kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.

Seksyen 5

Penanaman padi

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa persetujuan yang diberikan di bawah subseksyen (1)

dan takat dan butir-butir tanah yang terlibat dengan persetujuan itu hendaklah direkodkan dalam suatu daftar, yang dinamakan

“Daftar Tambak”, yang hendaklah disimpan oleh Pentadbir Tanah, yang hendaklah mengeluarkan kepada pemunya atau penghuni tanah itu suatu salinan catatan dalam Daftar Tambak.

Suggest a correction

(3)

Suatu persetujuan yang diberikan di bawah subseksyen (1)

boleh diubah dari semasa ke semasa, dan sesudah itu apa-apa memorial hendaklah dibuat pada Daftar Tambak sebagaimana yang perlu untuk menunjukkan perubahan itu, atau suatu catatan baharu boleh dibuat dalamnya. Dalam mana-mana hal pemunya atau penghuni itu hendaklah menyerahkan balik salinan yang disebut dalam subseksyen (2) bagi pengubahan atau pembatalan mengikut mana-mana yang berkenaan.

CATATAN—Ordinan Penanaman Padi Negeri-Negeri Selat [N.S. Bab 145] berkenaan dengan

Negeri Melaka telah dimansuhkan oleh Enakmen Melaka No. 3 tahun 1968.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 386 A

Suggest a correction

(4)

Dalam hal mana-mana tanah di dalam suatu kawasan pengairan di mana pemunya atau penghuni tanah itu telah menggunakannya bagi apa-apa maksud selain penanaman padi, tanpa mendapatkan persetujuan yang disebut dalam subseksyen (1), pegawai diberi kuasa boleh enggan untuk memberikan persetujuan itu dan boleh menyampaikan suatu notis kepada pemunya atau penghuni itu yang mengarahkannya untuk menimbus apa-apa parit atau mengalihkan apa-apa benteng atau tambak atau bangunan atau binaan yang menghalang air daripada mengalir masuk atau terus berada di atas tanah, dan tiap-tiap pemunya atau penghuni itu hendaklah mematuhi notis itu dalam tempoh yang dinyatakan dalamnya, yang tidak kurang daripada satu bulan dari tarikh notis itu.

Suggest a correction

(5)

Jika pemunya atau penghuni itu tidak mematuhi notis itu dia melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya dan mahkamah boleh mengarahkan supaya kesemua atau mana-mana bahagian daripada denda itu, jika dibayar, hendaklah diserahkan kepada pegawai diberi kuasa yang hendaklah menggunakannya bagi menjalankan kerja itu, jika ada, yang dinyatakan dalam notis itu.

Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa persetujuan, keengganan, perintah atau notis di bawah seksyen ini boleh merayu kepada pihak berkuasa berkenaan atau kepada mana-mana Lembaga atau Jawatankuasa yang kepadanya pihak berkuasa berkenaan boleh mewakilkan kuasanya secara bertulis dan keputusan pihak berkuasa berkenaan, atau Lembaga atau Jawatankuasa itu dalam rayuan itu adalah muktamad.

Suggest a correction

(7)

Tiada prosiding di bawah seksyen 3 dan 7

Ordinan

Penanaman Padi Negeri-Negeri Selat, boleh dimulakan terhadap pemunya atau penghuni mana-mana tanah kerana tidak menanam padi di mana-mana kawasan yang ditunjukkan dalam Daftar Tambak yang dikecualikan daripada penanaman itu.

CATATAN—Ordinan Penanaman Padi Negeri-Negeri Selat [N.S. Bab 145] telah dimansuhkan oleh

Enakmen Melaka No. 3 tahun 1968.

Kawasan Pengairan 9

Suggest a correction

(8)

Seksyen ini terpakai hanya bagi mana-mana kawasan tanah di dalam kawasan pengairan sebagaimana yang diarahkan oleh pihak berkuasa berkenaan melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pengelasan tanah di dalam kawasan pengairan

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pihak berkuasa berkenaan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengenakan ke atas semua atau mana-mana tanah di dalam suatu kawasan pengairan, kadar tahunan, kemudian daripada ini disebut kadar air. Kadar yang berlainan boleh dikenakan ke atas kelas tanah yang berlainan, sebagaimana yang dikelaskan di bawah subseksyen (1).

Kadar air apabila kena dibayar

Suggest a correction

Seksyen 7

Pengenaan kadar air

Open as pageSuggest a correction

Suatu kadar air yang dikenakan di bawah seksyen 6 hendaklah kena dibayar seperti yang berikut—

(a)

dalam hal tanah yang digunakan bagi penanaman padi—

Suggest a correction

(i)

tiada kadar air kena dibayar berkenaan dengan mana-mana tanah sehingga air pengairan telah tersedia di atas tanah itu atau suatu tempoh yang cukup panjang untuk membolehkan suatu tanaman atau padi ditanam dan dituai; dan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 386

(ii)

pada hari pertama Januari, sebaik selepas tarikh apabila tanaman itu pertama kali telah, atau mungkin pertama kali telah, dituai hendaklah kena dibayar kepada Pentadbir Tanah setengah daripada kadar air yang dikenakan ke atas tanah itu, dan pada tiap-tiap hari pertama Januari, selepas itu hendaklah kena dibayar amaun penuh daripada kadar air yang dikenakan ke atas tanah itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dalam hal tanah yang digunakan bagi apa-apa perusahaan, penanaman, atau maksud lain, kadar air yang dikenakan ke atas tanah itu hendaklah menjadi kena dibayar pada hari pertama Januari, sebaik selepas tarikh yang suatu bekalan air telah tersedia di atas tanah itu mencukupi bagi penjalanan perusahaan, penanaman, atau maksud lain itu, dan selepas itu pada hari pertama Januari, bagi setiap tahun berikutnya:

Dengan syarat bahawa, jika bekalan air sepenuhnya yang perlu bagi maksud yang tanah itu digunakan tidak tersedia atau bagi apa-apa sebab lain yang diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan, mana-mana pegawai yang dilantik bagi maksud ini oleh pihak berkuasa berkenaan boleh mengurangkan amaun yang kena dibayar sedemikian kepada apa-apa amaun sebagaimana yang difikirkan adil dan hendaklah memberitahu Pentadbir Tanah dengan sewajarnya.

Pemungutan kadar air

Suggest a correction

Seksyen 8

Semua jumlah wang yang kena dibayar bagi kadar air di bawah

Open as pageSuggest a correction

Akta ini hendaklah dipungut, setakat yang pemungutan itu dapat dilaksanakan, mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi kutipan hasil tanah itu.

Seksyen 9

Pengurusan kawasan pengairan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jurutera atau pegawai itu hendaklah melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan pada tiap-tiap tahun, dan pada bila-bila masa lain sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa berkenaan, ke atas kerja di kawasan dalam jagaannya, dan hendaklah, mengikut cara yang sama mengemukakan suatu kunci kira-kira tahunan yang menunjukkan penerimaan bagi akaun kadar air, dan perbelanjaan bagi pembinaan, pengurusan, pengawasan dan penyenggaraan kerja dalam jagaannya.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud kunci kira-kira itu Pentadbir Tanah hendaklah mengemukakan kepada Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kawasan pengairan itu suatu penyata bulanan amaun kadar air yang dikutip olehnya.

Pewakilan kuasa dan kewajipan

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Segala yang dilakukan menurut suatu kuasa yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kesan yang sama seolah-olah ia dilakukan oleh Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kawasan pengairan itu.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 386

Menimbus laluan air yang memudaratkan

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga suatu kawasan pengairan boleh, jika didapati olehnya bahawa ia akan memberikan faedah kepada kerja pengairan dalam jagaannya untuk berbuat demikian, menimbus, membina, melebarkan atau menyalirkan apa-apa terusan, alur air, parit, longkang, kolam atau paya sama ada di dalam atau di luar suatu kawasan pengairan:

Dengan syarat bahawa dia hendaklah membayar kepada pemunya atau penghuni itu, jika ada, pampasan yang munasabah bagi apa-apa kerosakan, kerugian atau kesusahan yang timbul daripadanya; dan jika pihak-pihak itu tidak bersetuju tentang amaun yang kena dibayar sedemikian persoalan itu hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkenaan yang keputusan mengenainya adalah muktamad.

Seksyen 12

Pengalihan pokok atau sampah

Open as pageSuggest a correction

(b)

Notis itu hendaklah menghendaki pemunya atau penghuni untuk mengambil tindakan yang perlu dalam suatu masa tertentu yang ditetapkan, yang tidak boleh kurang daripada empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu, dan jika keingkaran berlaku dalam mematuhi notis itu pegawai yang bertindak di bawah subseksyen ini boleh menyebabkan tindakan itu diambil sebagaimana yang dikehendaki oleh notis itu dan boleh mendapatkan balik kos untuk berbuat demikian daripada pemunya atau penghuni tersebut dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa.

Kawasan Pengairan 13

Suggest a correction

(2)

Subsection

(a)

Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga suatu kawasan pengairan boleh, melalui notis secara bertulis, melarang pemunya atau penghuni mana-mana tanah di dalam kawasan itu daripada menanam apa-apa pokok atau tumbuh-tumbuhan di atas tebing atau sisi apa-apa kerja pengairan atas mana-mana tanah itu atau daripada melonggok ke atas mana-mana tanah yang bersempadanan dengan apa-apa kerja pengairan apa-apa sampah yang berkemungkinan akan merosakkan kerja itu atau melindungi tikus atau binatang perosak lain.

Suggest a correction

(b)

Jika berlaku keingkaran dalam mematuhi notis itu pegawai yang bertindak di bawah subseksyen ini boleh menyebabkan tindakan diambil untuk membersihkan mana-mana pokok atau tumbuh-tumbuhan daripada tebing atau sisinya atau apa-apa sampah itu dan boleh mendapatkan balik kos untuk berbuat demikian daripada pemunya atau penghuni tersebut dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam hal yang pegawai yang bertindak di bawah seksyen ini menghendaki pembinasaan, atau pemusnahan, pokok atau tumbuh-tumbuhan berharga dia hendaklah, jika tiada notis terdahulu telah dikeluarkan di bawah seksyen ini berkenaan dengan tanah yang di atasnya pokok atau tumbuh-tumbuhan itu sedang tumbuh, membayar kepada pemunya atau penghuni itu pampasan yang munasabah untuk perkara yang sama; dan jika pihak-pihak tidak bersetuju tentang amaun yang kena dibayar sedemikian persoalan itu hendaklah dirujukkan kepada pihak berkuasa berkenaan yang keputusan mengenainya adalah muktamad.

Kuasa untuk menahan air

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga suatu kawasan pengairan boleh enggan untuk membenarkan air untuk dibekalkan atau diambil bagi pengairan tanah yang berkenaan dengannya kadar air tertunggak, atau bagi pengairan tanah yang tidak tersedia dengan sepatutnya bersama tebing dan batas bagi pembendungan air, atau bagi pengairan tanah yang pemunya atau penghuninya telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 386

Akta ini; dan kadar air yang kena dibayar bagi tanah itu hendaklah kena dibayar walau apa pun keengganan itu.

Seksyen 14

Kerosakan pada kerja pengairan oleh kebakaran

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam mana-mana guaman itu tidaklah perlu untuk membuktikan kecuaian defendan dan juga tidak menjadi suatu pembelaan bahawa kebakaran itu diakibatkan oleh kemalangan.

Halangan atau kerosakan

Suggest a correction

Seksyen 15

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan sengaja atau dengan niat jahat menyekat atau menghalang atau menyebabkan mengikut apa-apa cara disekat atau dihalang;

Suggest a correction

(b)

menceroboh atau percubaan untuk menangkap ikan dengan cara suatu perangkap ikan daripada tangki pengairan, saluran atau alur air; atau

Suggest a correction

(c)

memecahkan atau menembusi tebing atau sisi yang sama, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau kedua-duanya.

Kawasan Pengairan 15

Pembaziran atau halangan air

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan sengaja menyebabkan pembaziran air yang dipulihara oleh apa-apa kerja pengairan; atau

Suggest a correction

(b)

tidak berhak untuk menggunakan air itu, dengan salah mengalirkan keluar atau mengubah jadi untuk kegunaan sendiri apa-apa air itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(2)

Jika air itu didapati digunakan di atas tanah seseorang yang tidak berhak untuk menggunakannya beban membuktikan bahawa dia tidak mengalirkan keluar atau mengubah jadi air itu untuk kegunaannya sendiri atau menyebabkan air itu dialirkan keluar atau diubah jadi untuk kegunaannya sendiri hendaklah terletak atas orang itu.

Penalti lanjut kerana membazirkan air

Suggest a correction

Seksyen 17

Jika pemunya atau penghuni mana-mana tanah yang diairi oleh mana-mana kerja pengairan—

Open as pageSuggest a correction

(a)

membiarkan atau membenarkan air yang diperoleh daripada kerja itu atau daripada mana-mana alur air atau saluran yang bersambung dengannya terbuang di atas tanahnya; atau

Suggest a correction

(b)

memperoleh air bagi tanah itu daripada kerja itu, alur air atau saluran mengikut cara yang tidak dibenarkan oleh

Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kerja itu, dia hendaklah, sebagai tambahan kepada mana-mana hukuman lain, penalti atau liabiliti yang dia boleh dipertanggungkan atau dikenakan

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 386

A di bawah Akta ini, bertanggungan untuk membayar dua kali ganda kadar air yang pada masa itu ditaksirkan di bawah seksyen 6 bagi tiap-tiap tahun atau bahagian mana-mana tahun yang air itu telah dibiarkan atau dibenarkan terbuang olehnya atau yang air itu telah diperolehnya mengikut cara yang tidak dibenarkan, dan kadar air dua kali ganda itu hendaklah didapatkan balik mengikut cara yang diperuntukkan oleh seksyen 8.

Peruntukan wajib bagi batas

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Notis itu hendaklah menghendaki pemunya atau penghuni itu mengambil tindakan yang perlu dalam masa dinyatakan, yang tidak boleh kurang daripada lima belas hari dari tarikh penyampaian notis itu.

Suggest a correction

(3)

Jika keingkaran berlaku dalam mematuhi peruntukan notis itu,

Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kawasan itu boleh menyebabkan apa-apa tindakan diambil sebagaimana yang dikehendaki oleh notis itu dan boleh selepas itu memperakukan dengan ditandatanganinya kos yang berkenaan dengannya, dan sesudah itu amaun yang diperakukan sedemikian boleh didapatkan balik daripada orang yang olehnya keingkaran itu dibuat seperti yang disebut terdahulu mengikut cara yang

Kawasan Pengairan 17

diperuntukkan oleh undang-undang bagi mendapatkan balik hasil tanah.

Keengganan untuk membenarkan pergerakan air

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana pemunya atau penghuni atau orang lain yang enggan membenarkan pergerakan air pengairan di atas tanahnya atau yang menghalang pergerakan itu hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ringgit atau kedua-duanya.

Seksyen 20

Pembinaan laluan air yang tidak dibenarkan

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang membina apa-apa terusan, alur air, parit, longkang atau kolam, atau mendalamkan atau membesarkan mana-mana terusan, alur air, parit, longkang atau kolam yang sedia ada di dalam mana-mana kawasan pengairan tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan mengenainya secara bertulis daripada Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kawasan itu, hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau kedua-duanya.

Seksyen 21

Membenarkan binatang berkeliaran

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang membawa mana-mana binatang atau membenarkan mana-mana binatang berkeliaran di atas tebing atau sisi mana-mana kerja pengairan melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ringgit atau kedua-duanya.

Seksyen 22

Penggunaan kenderaan dan bot tanpa kebenaran

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang memandu, menarik atau menolak atau menyebabkan apa-apa kenderaan dipandu, ditarik atau ditolak sepanjang tebing atau sisi atau menggunakan atau menyebabkan

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 386

A untuk digunakan mana-mana bot, vesel, rakit atau pelampung atau menyebabkan terapung apa-apa kayu atau bahan lain di atas mana-mana terusan pengairan atau alur air tanpa mendapatkan terlebih dahulu persetujuan secara bertulis mengenainya daripada

Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kerja itu boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi lima puluh ringgit atau kedua-duanya.

Seksyen 23

Pencemaran air

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang mandi atau membasuh barang-barang di dalam atau selainnya mencemarkan atau menyebabkan menjadi tercemar apa-apa tangki pengairan, saluran atau alur air boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ringgit atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa pihak berkuasa berkenaan boleh, melalui perintah yang diberitahu dalam Warta, mengisytiharkan bahawa seksyen ini tidak terpakai di dalam mana-mana kawasan pengairan yang dinyatakan dalam perintah itu.

Seksyen 24

Mengganggu kerja pengairan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika oleh sebab apa-apa kerja pengairan telah diganggu sedemikian dengan tanah mana-mana orang mendapat faedah beban membuktikan bahawa dia tidak mengganggu atau menyebabkan ia diganggu sedemikian hendaklah terletak pada orang itu.

Kawasan Pengairan 19

Kuasa untuk menangkap

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana penghulu atau penggawa, mana-mana pegawai polis, atau mana-mana pegawai Jabatan Penyaliran dan Pengairan yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang didapati melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 15, 16, 19, 20, 21, 22, 23 atau 24, dan hendaklah serta-merta membawa orang itu ke hadapan Jurutera Pengairan dan

Saliran atau pegawai lain yang menjaga kawasan pengairan itu yang boleh mengkompaun kesalahan itu di bawah seksyen 26 atau boleh memerintahkan orang yang ditangkap itu dikemukakan dengan segera di hadapan seorang Majistret.

Seksyen 26

Kuasa untuk mengkompaun kesalahan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila jumlah wang itu dibayar tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang itu berhubung dengan kesalahan yang baginya penyelesaian itu telah diterima.

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

Pihak berkuasa berkenaan boleh, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah bagi penggalakan dan peluasan penanaman dan bagi penguatkuasaan adat purbakala di dalam kawasan pengairan dan bagi apa-apa maksud lain yang selaras dengan Akta ini.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 386

Seksyen 28

Penyampaian notis

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa notis yang dikeluarkan di bawah Akta ini boleh disampaikan mengikut cara yang ditetapkan bagi penyampaian notis di bawah Kanun Tanah Negara.

Seksyen 29

Pendakwaan kesalahan

Open as pageSuggest a correction

Jabatan Penyaliran dan Pengairan, yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, yang diberi kuasa secara bertulis oleh Jurutera

Pengairan dan Saliran boleh menjalankan apa-apa pendakwaan berkenaan dengan suatu kesalahan terhadap Akta ini yang berhubungan dengan mana-mana kawasan pengairan itu.

Seksyen 30

Pemansuhan

Open as pageSuggest a correction

Akta ini dengan ini dimansuhkan:

Dengan syarat bahawa—

(a)

mana-mana pegawai yang dilantik untuk menjaga mana-mana kawasan pengairan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang dengan ini dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana perisytiharan, persetujuan, pengelasan, pemberian kuasa, notis atau kaedah yang dibuat, dibagikan atau diberikan atau apa-apa kadar air yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dengan ini dimansuhkan hendaklah, setakat yang selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah ia telah dibuat, dibagikan, diberikan atau dikenakan di bawah Akta ini.

Kawasan Pengairan 21

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

No.

Tajuk

P.T.M. Bab 145

Enakmen Kawasan Pengairan

Enakmen Johor No. 6 tahun 1941

Enakmen Kawasan Pengairan

Enakmen Kelantan No. 17 tahun 1935

Enakmen Kawasan Pengairan 1935

Enakmen Kedah No. 4 tahun 1370

(1950)

Enakmen Kawasan Pengairan 1370

(1950)

N.S. Bab 143

Ordinan Kawasan Pengairan

22

Akta 386

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Ord. 44/1956

Ordinan

Kawasan

Pengairan

(Pindaan) 1956

01-01-1957

Ord. 60/1956 Ordinan Majlis Lantikan Negeri-Negeri

Selat (Pertukaran Nama) 1956

01-09-1956

P.U. 332/1958 Perintah

Perlembagaan

Persekutuan

(Pengubahsuaian

Undang-Undang)

(Ordinan dan Proklamasi) 1958

13-11-1958

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit)

1975

29-08-1975

Akta A587 Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan)

1984 25-03-1985

23

Akta 386

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2

Ord. 60/1956 01-09-1956

Akta A587 25-03-1985

5

Akta A587 25-03-1985

7

Ord. 44/1956 01-01-1957

28

Akta A587 25-03-1985

Keseluruhan

Akta

Akta 160 29-08-1975

Common questions

What is IRRIGATION AREAS ACT 1953?
AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953 is Malaysia Act, cited as Act 386 1953, currently marked in force and first recorded in 1953.
Is IRRIGATION AREAS ACT 1953 still in force?
Yes — IRRIGATION AREAS ACT 1953 is currently in force.
When did IRRIGATION AREAS ACT 1953 take effect?
IRRIGATION AREAS ACT 1953 was first recorded in 1953.
How many sections does IRRIGATION AREAS ACT 1953 have?
IRRIGATION AREAS ACT 1953 contains 30 sections.
Where can I read the official version of IRRIGATION AREAS ACT 1953?
The official text of IRRIGATION AREAS ACT 1953 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953 (No. 386) | mylaw.my