Skip to content

Seksyen 14

Kerosakan pada kerja pengairan oleh kebakaran

of Akta Kawasan Pengairan 1953

ActIn forceProvision 14 of 30
Seksyen 14
(1)

Dalam apa-apa hal yang kerosakan telah berlaku pada mana-mana kerja pengairan oleh kebakaran yang bermula di atas tanah bersempadanan atau berhampiran kos membaiki kerosakan itu boleh didapatkan balik daripada pemunya atau penghuni tanah itu oleh pegawai yang menjaga kerja itu melalui guaman dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa.

(2)

Dalam mana-mana guaman itu tidaklah perlu untuk membuktikan kecuaian defendan dan juga tidak menjadi suatu pembelaan bahawa kebakaran itu diakibatkan oleh kemalangan.

Halangan atau kerosakan