Seksyen 18
Peruntukan wajib bagi batas
of Akta Kawasan Pengairan 1953
Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga suatu kawasan pengairan boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki pemunya atau penghuni mana-mana tanah di dalam kawasan itu untuk menyediakan, sama ada secara perseorangan atau bersesama dengan pemunya atau penghuni lain, tebing atau batas yang sepatutnya dan saluran pengagihan atau saluran penyaliran bagi pembekalan, penyaliran, pembendungan atau penyingkiran air:
Dengan syarat tiada seorang pun boleh dikehendaki di bawah seksyen ini untuk menyediakan tebing, batas, saluran pengagihan atau saluran penyaliran yang tidak akan berfaedah kepada tanah yang dia ialah pemunya atau penghuni.
(2)
Notis itu hendaklah menghendaki pemunya atau penghuni itu mengambil tindakan yang perlu dalam masa dinyatakan, yang tidak boleh kurang daripada lima belas hari dari tarikh penyampaian notis itu.
(3)
Jika keingkaran berlaku dalam mematuhi peruntukan notis itu,
Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kawasan itu boleh menyebabkan apa-apa tindakan diambil sebagaimana yang dikehendaki oleh notis itu dan boleh selepas itu memperakukan dengan ditandatanganinya kos yang berkenaan dengannya, dan sesudah itu amaun yang diperakukan sedemikian boleh didapatkan balik daripada orang yang olehnya keingkaran itu dibuat seperti yang disebut terdahulu mengikut cara yang
Kawasan Pengairan 17
diperuntukkan oleh undang-undang bagi mendapatkan balik hasil tanah.