Seksyen 10
Pewakilan kuasa dan kewajipan
of Akta Kawasan Pengairan 1953
Mana-mana Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang dilantik di bawah seksyen 9 untuk menjaga suatu kawasan pengairan boleh, dengan kelulusan oleh pihak berkuasa berkenaan dan tertakluk pada apa-apa batasan sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa berkenaan, secara bertulis yang ditandatanganinya, dari semasa ke semasa, memberi kuasa mana-mana pegawai untuk menjalankan apa-apa kuasa dan melaksanakan apa-apa kewajipan yang diberikan dan dikenakan oleh
Akta ini ke atas Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kawasan itu dan boleh dengan cara yang sama dan dengan kelulusan yang sama menarik balik apa-apa kuasa itu.
(2)
Segala yang dilakukan menurut suatu kuasa yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kesan yang sama seolah-olah ia dilakukan oleh Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kawasan pengairan itu.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 386