Seksyen 26
Kuasa untuk mengkompaun kesalahan
of Akta Kawasan Pengairan 1953
Pihak berkuasa berkenaan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, memberikan kuasa kepada mana-mana Jurutera
Pengairan dan Saliran mengikut nama untuk menerima daripada mana-mana orang yang terhadapnya wujud suatu syak yang munasabah bahawa orang itu telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini suatu jumlah wang yang tidak melebihi tujuh puluh lima ringgit sebagai penyelesaian bagi kesalahan yang orang itu disyaki telah melakukannya dan semua jumlah wang yang diterima sedemikian oleh seseorang Jurutera Pengairan dan Saliran hendaklah dikreditkan ke dalam hasil am Malaysia.
(2)
Apabila jumlah wang itu dibayar tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang itu berhubung dengan kesalahan yang baginya penyelesaian itu telah diterima.