Seksyen 24
Mengganggu kerja pengairan
of Akta Kawasan Pengairan 1953
Mana-mana orang yang tanpa kebenaran daripada Jurutera
Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga suatu kawasan pengairan, membuka atau menutup atau selainnya menganggu mana-mana sluis, pintu air, alat kawal atur, paip, batu aras, tolok air atau kerja lain yang menjadi sebahagian daripada apa-apa kerja pengairan di dalam kawasan itu boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau kedua-duanya.
(2)
Jika oleh sebab apa-apa kerja pengairan telah diganggu sedemikian dengan tanah mana-mana orang mendapat faedah beban membuktikan bahawa dia tidak mengganggu atau menyebabkan ia diganggu sedemikian hendaklah terletak pada orang itu.
Kawasan Pengairan 19