Seksyen 11
Pembancian angkatan tentera laut, darat dan udara dan pengembara
ActIn forceProvision 11 of 20
Seksyen 11
Pesuruhjaya hendaklah mendapatkan, dengan apa-apa cara yang sah yang didapatinya paling sesuai bagi maksud itu, butir-butir yang ditetapkan berkenaan dengan—
(a)
mana-mana angkatan tentera darat atau udara atau mana-mana kumpulan orang yang menjadi anggota sesuatu vesel perang; dan
(b)
semua orang yang pada waktu pembancian sedang mengembara, atau berada di kapal, atau yang kerana apa-apa sebab lain tidak tinggal di mana-mana premis yang akan diambil kira dalam banci itu, dan hendaklah termasuk maklumat dalam ringkasan yang hendaklah dibuat olehnya sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 15.