Seksyen 5
Pegawai banci hendaklah membawa bukti pelantikan
(1)
Tiap-tiap pegawai banci, selain pegawai banci yang dilantik melalui pemberitahuan dalam Warta, hendaklah, apabila menjalankan tugas banci, sentiasa membawa bersamanya surat yang ditandatangani oleh Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya, Penguasa
Daerah atau pegawai banci lain yang diberi kuasa oleh Pesuruhjaya bagi maksud itu yang melantiknya sebagai pegawai banci di bawah subseksyen 4(2), dan hendaklah mengemukakan surat itu untuk diperiksa oleh mana-mana orang yang boleh dengan suci hati menyoal kuasanya sebagai pegawai banci.
(2)
Tiap-tiap pegawai banci yang dilantik melalui pemberitahuan dalam Warta hendaklah, apabila menjalankan tugas banci, sentiasa membawa bersamanya suatu salinan pemberitahuan dalam Warta yang melantiknya sebagai pegawai banci.