Seksyen 19
Penyata individu tidak boleh didedahkan
(1)
Tiada penyata individu yang mengandungi butir-butir atau maklumat, dan tiada bahagian penyata itu yang diberikan berhubung dengan sesuatu perniagaan, pekerjaan atau kerja boleh disiarkan, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis orang yang mengawal, menguruskan atau mengawasinya dan, kecuali bagi maksud sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini atau kecuali menurut apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan, tidaklah boleh mana-mana orang yang tidak diambil bertugas berkaitan dengan suatu banci dibenarkan untuk melihat mana-mana penyata individu itu atau mana-mana bahagiannya.
(2)
Dalam membuat peraturan dan menetapkan borang di bawah seksyen 6 perhatian yang sewajarnya hendaklah diberikan kepada hal keadaan berbagai-bagai perdagangan dan perindustrian, dan khususnya kepada mustahaknya dielakkan pendedahan dalam apa-apa penyata mengenai apa-apa rahsia perdagangan atau keuntungan perdagangan, atau apa-apa butir atau maklumat lain yang
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 16
pendedahannya mungkin akan mendatangkan mudarat kepada orang yang memberikan penyata itu.