Seksyen 4
Pelantikan pegawai
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik Timbalan Pesuruhjaya,
Penolong
Pesuruhjaya,
Penguasa
Daerah dan jawatankuasa sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat dalam dan bagi
Malaysia atau mana-mana bahagiannya, dan dengan apa-apa gelaran berhubung dengan jenis banci yang berkenaannya mereka dilantik, sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud apa-apa arahan di bawah seksyen 3.
(2)
Pesuruhjaya, mana-mana Penolong Pesuruhjaya, Penguasa
Daerah, dan pegawai banci yang diberi kuasa oleh Pesuruhjaya bagi maksud itu, boleh dengan surat yang ditandatangani olehnya melantik mana-mana orang sebagai penyelia, penombor rumah atau pembanci untuk menyelia atau mengambil atau membantu sesuatu pembancian dalam sesuatu kawasan yang ditentukan.
(3)
Tiap-tiap pegawai banci hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Banci 7