Skip to content

Seksyen 15

Ringkasan hendaklah dibuat dan disiarkan

of Akta Banci 1960

ActIn forceProvision 15 of 20
Seksyen 15

(1)

Pesuruhjaya hendaklah, apabila menerima jadual dan penyata yang dikemukakan menurut Akta ini, menyebabkan suatu ringkasan jadual dan penyata itu dibuat bagi setiap Negeri dan suatu

Banci 13

ringkasan bagi seluruh Malaysia, dan ringkasan itu hendaklah dicetak dan disiarkan untuk makluman am.

(2)

Dalam mana-mana ringkasan yang disediakan di bawah subseksyen (1) dengan merujuk kepada apa-apa perdagangan atau perindustrian, butir-butir dan maklumat yang terkandung dalam ringkasan itu tidak boleh disusun mengikut apa-apa cara yang akan membolehkan mana-mana orang mengenali apa-apa butir atau maklumat yang disiarkan sedemikian sebagai butir-butir atau maklumat yang berhubungan dengan mana-mana orang perseorangan atau mana-mana perniagaan.