Registration of Births and Deaths (Special Provisions) Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Maklumat yang berhubungan dengan kelahiran atau kematian seseorang yang merupakan warganegara Malaysia semasa menunaikan haji boleh diberikan—
kepada Pendaftar, dalam tempoh empat puluh hari dari berlakunya kelahiran atau kematian itu; atau
kepada Pendaftar Besar, dalam tempoh enam bulan dari berlakunya kelahiran atau kematian itu.
Bagi maksud subseksyen (1), seseorang disifatkan menunaikan haji dari masa dia meninggalkan Malaysia dalam perjalanannya ke Hedjaz sehingga masa dia kembali ke Malaysia.