Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

8. Mencatatkan rekod dalam daftar

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Pendaftar Besar hendaklah mencatatkan butir-butir yang terkandung dalam buku laporan itu dalam suatu daftar.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 152 8

(2)

Pendaftar Besar boleh, sebelum membuat catatan itu dalam daftar membuat siasatan untuk memuaskan hatinya bahawa butir-butir yang terkandung dalam buku laporan itu benar dan tepat dan dia tidak boleh mencatatkan apa-apa butir yang dia tidak berpuas hati benar atau tepat.

(3)

Pendaftar Besar boleh membuat pembetulan kepada mana-mana butir yang, selepas siasatan, difikirkannya perlu.

Report