Seksyen 10
Catatan sebagai keterangan mengenai kelahiran atau kematian
of Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975
ActIn forceProvision 10 of 13
Seksyen 10
Sesuatu catatan dalam daftar dan sesuatu perakuan yang berupa sebagai dikeluarkan di bawah seksyen 9 dan yang berupa sebagai dibuat di bawah tandatangan Pendaftar Besar atau seseorang yang diberi kuasa olehnya hendaklah diterima tanpa bukti lanjut atau bukti lain sebagai keterangan mengenai fakta dan butir-butir yang berhubungan dengan kelahiran atau kematian yang ditetapkan supaya ada dalam daftar dan yang direkodkan dalam daftar.